Edited by d_dalia at 16-10-2015 08:18 AM
Salma selamat lahir bayi perempuan
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara program realiti Mentor musim kelima (Mentor 5), Salma Asis selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 4.1 kilogram secara pembedahan di Hospital Serdang, di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.
Suaminya, penyanyi Azri Abdullah ketika dihubungi berkata, Salma terpaksa dibedah lebih awal dari tarikh sepatutnya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini disebabkan saiz bayi dalam kandungannya agak besar. “Sepatutnya, Salma dijangka bersalin pada awal November ini kerana usia kandungan belum cukup sembilan bulan. Walau bagaimanapun, selepas berlaku beberapa kali kontraksi, doktor menasihatkan agar isteri saya melakukan pembedahan. “Tambahan pula, saiz bayi dalam kandungan agak besar dan kalau dibiarkan sehingga bulan hadapan, khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya. Menurut finalis AF9 itu, isteri dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan masih dirawat di hospital berkenaan. - UTUSAN ONLINE
jadi abg sado...
|