CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9633|Reply: 93

[Tempatan] Keinginan Norieen, Mirsudiar Ditunaikan DS Rosmah

[Copy link]
Post time 16-10-2015 11:14 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Keinginan dua kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob, 10, dan rakannya, Mirsuadir Aluj, 11, untuk menjamah ayam goreng tertunai hari ini.

Apa yang lebih manis lagi, hidangan ayam goreng KFC itu dibawa khas oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang meluangkan masa melawat dua kanak-kanak tersebut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPPZ II) di sini.

Paling menyentuh hati, Rosmah yang hadir bersama rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu menyuap sendiri ayam goreng tersebut kepada Norieen dan Mirsudiar.

Ternyata situasi itu menceriakan seluruh warga hospital dan keluarga kanak-kanak terbabit yang melihat sendiri bagaimana kedua kanak-kanak tersebut begitu berselera menikmati hidangan tersebut.

Pada masa sama, senyuman terukir di bibir Norieen dan Mirsudiar yang sebelum ini hanya berdiam diri mengenangkan peristiwa bagaimana mereka menyaksikan sendiri rakan-rakan lain meninggal dunia di depan mata.

Dalam lawatan hampir satu jam itu, Rosmah yang merupakan Yang Dipertua Bakti turut menyampaikan sumbangan wang tunai selain menghadiahkan pakaian baharu kepada kanak-kanak terbabit.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah; Ke-tua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Razin Ahmad Mahir.

Sebelum ini Norieen dan Mirsudiar yang dirawat di HRPZ II sejak seminggu lalu sering menyebut keinginan untuk menikmati menu kegemaran mereka iaitu ayam goreng.

- Utusan Online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 11:25 AM | Show all posts
kesimpulannya, kalo nak makan
KFC kena la menyorok masuk hutan

kata rakan2 norieen dan mirsudiar

kesian pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:27 AM | Show all posts
untung larrr

merasa di suap First Lady
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:28 AM | Show all posts
apa perlu gua buat supaya maria farida yg suap gua ayam kentaki?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dh seminggu perut dah kuat skit blh la mkn mknn yg berat skit.
mula2 kena mkn bubur dulu.
igt dorang tak suke mkn fast food rasanya lg sedap ayam utan panggang huhuhuhu
mungkin dh terbiasa mkn kt sekolah kot ade yg sponsor ayam kfc bagai.
terbalik plak ngn iols yg lebih berminat nk mkn mcm OA mkn semuanya segar dr hutan tanpa bhn kimia.dan dimasak tanpa byk rempah ratus yg memeningkn kepala hingga menghilangkn rasa sebenar.
la ni tekak langsung xleh nk telan dah ayam daging suntik nih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:30 AM | Show all posts
ada satu gambar dlm BH kot, budak pompuan yg bereben merah tu..tgk Rosmah..mcm nampak hantu...ha3..riak muka dia mcm tekejut..hah3..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2015 11:33 AM | Show all posts
c===8 replied at 16-10-2015 11:28 AM
apa perlu gua buat supaya maria farida yg suap gua ayam kentaki?

tulis kt ig mariah

"im dying, plz feed me kentaki"
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:36 AM | Show all posts
budak yg rosmah suap tu nampak betul kurus kering x cukup mkn nye

mmg sadis

sory to say, cam kanak2 afrika bosnia yg kebuluran tu...

kesiann nyeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sebulan tak makan tak minum mmg la kurus kering sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:38 AM | Show all posts
manehnya replied at 16-10-2015 11:33 AM
tulis kt ig mariah

"im dying, plz feed me kentaki"

kang dia jwb...tolong pilihkan dulu bikini mana yg patut i pakai
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:39 AM | Show all posts
so sweet   
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai org hantar hamper ke budak2 ni di hospital. get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:39 AM | Show all posts
c===8 replied at 16-10-2015 11:38 AM
kang dia jwb...tolong pilihkan dulu bikini mana yg patut i pakai

kahhhhhh  

gud luck!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa2 yang nak kuruskan badan boleh la cuba
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:41 AM | Show all posts
Boleh jadi model yg kurus tu sbb cheek bone meletop
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:41 AM | Show all posts
mata aku kero ke jejari budak2 tu mcm berinai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 11:46 AM | Show all posts
Paling menyentuh hati, Rosmah yang hadir bersama rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu menyuap sendiri ayam goreng tersebut kepada Norieen dan Mirsudiar.


menyentuh hati la sangat....setakat suap ayam kepci tu...kut ko bg banglo sebijik kat dia lagi menyentuh hati semua org
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:48 AM | Show all posts
amboi sempena lawatan ahkak pink....gigih pulak ummah serambi pakai hiasan rambut bereben bagai....namun kakak kagum dgn ahkak pink yg prihatin dgn isu semasa....apalah sgt beli kfc jika dibandingkan dgn duit 1MDB yg berbillion kan ahkak pink?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rase nk mkn kepsi.. Tpi teringin kak mah yg suap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2015 12:01 PM | Show all posts
Modngengade replied at 16-10-2015 11:48 AM
amboi sempena lawatan ahkak pink....gigih pulak ummah serambi pakai hiasan rambut bereben bagai....n ...

gaya dia kena escort dgn  tmbln menteri n ktua polis negeri dh mcm dia berjwtn tggi dlm kerajaan plak..
siapa dia ni? atas kapasiti istri pm? lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.081545 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list