CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4977|Reply: 1

SOKONGAN PEMINAT PEMBAKAR SEMANGAT JOO WON

[Copy link]
Post time 17-10-2015 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 17-10-2015 05:35 PM



Singapura - Oktober 10, 2015
- Sebaik saja tamatnya drama The Gang Doctor atau lebih dikenali dengan Yong Pal. ONE HD tanpa berlengah terus menyambar pelakon utama Joo Won untuk sesi promosi drama tersebut untuk bertemu peminat di  Jakarta dan Singapura dengan ditemani oleh pelakon pembantu yang memegang peranan sebagai adik beliau didalam drama tersebut iaitu Park Hye Su. Lawatan 2 hari mereka bermula di Jakarta pada 9 Oktober 2015 dan berakhir Singapura pada 10 Oktober 2015.  

Satu sidang media umum telah diadakan bertempat di Hotel Grand Park, Singapura. Joo Won dan Park Hye Su muncul dihadapan para media dengan menyatakan kegembiraan mereka menjayakan sesi promosi  sambil bertemu peminat. Ini adalah pertama untuk Joo Won manakala Park Hye Su pula pernah bercuti bersama keluarga tahun lepas dan ini adalah kali kedua beliau mengunjungi Singapura.

Terlibat didalam 'Yong Pal' apatah lagi drama ini mendapat ranking tertinggi di Korea juga diluar negara disebabkan sokongan dan semangat yang tidak putus-putus dari peminat sudah tentu membuatkan Joo Woo sangat gembira dan beliau sentiasa berterima kasih dengan apa yang peminat lakukan untuk beliau manakala Park Hye Su pula menyatakan oleh kerana ini adalah lakonan dramanya yang pertamanya maka sudah tentu dia merasa teruja dan kebimbangan itu pasti ada kerana bimbang sekiranya dia akan melakukan sebarang kesilapan namum sokongan dan dorongan yang ditunjukkan oleh crew banyak membantunya dan dia sangat menyukai peranan yang dipegang oleh beliau kerana berlakon disamping Joo Won sangat mudah dan menyenangkan kerana Joo Won banyak memberi tunjuk ajar malahan pada hari pertama lagi Joo Won menasihatinya supaya jangang sesekali terasa kekok bersamanya dan meminta beliau supaya menganggap dia sebagai abang yang sebenar bukan saja didalam lakonan tapi diluar juga.

Semasa pengambaraan permulaan beberapa episode, Joo Won memperkatakan bahawa babak yang paling sukar baginya adalah dimana beliau terpaksa melakukan aksi sebanyak 60 babak dan cuma 55 babak yang terpilih dan kesemuanya adalah aksi merbahaya yang melibatkan terjun dari jembatan juga berhadap dengan kesukaran semasa memandu dengan laju apabila camera sering menghalang pandangannya. Walaupun Joo Won memberitahu bahawa melakukan sesuatu yang memerbahaya adalah bukan dirinya namum bila didalam lakonan kesemua aksi tersebut dilakukannya tanpa mengunakan 'stunt'.

Sebelum ini Joo Won pernah melakonkan watak doktor dan beliau berjanji tidak akan melakonkan sebarang watak doktor selepas 'Good Doctor' namun janji tinggal janji semuanya berubah ketika beliau ditawarkan sekali lagi watak doktor didalam 'Yong Pal'. Di dalam 'Good Doctor" wataknya adalah seorang yang mempunyai hati murni dan berunsur kemanusian tapi didalam 'Yong Pal' pula wataknya seorang yang suka berhadapan dengan risiko dan sempurna maka ianya berlainan  dan itu adalah satu cabaran baginya.

Semasa pengambaran kita tau bahawa Joo Won pernah kehilangan berat badan sebanyak 7 kg namum kata Joo Won ianya menjadi kebiasaan kerana semasa pengambaran fokus utamanya adalah tertumpu kepada watak yang dibawanya dan ini terkadang membuatkannya menjadi tertekan dan seterusnya selera makan dan tidur juga berkurangan. Tapi apabila semuanya tamat dan dengan sendirinya berat badan beliau akan kembali pulih semulajadi. Sempat juga beliau memberi pengakuan bahawa beliau terkadang merasa kekosongan bila tidak membuat apa-apa. ( hmmm... nampaknya Joo Won ni seorang yang workholic jugak la ye..)

Park Hye Su, seperti kita tau adalah beliau bermula dengan program realiti iaitu Kpop Star 4 menyataka bahawa lakonan dan nyanyian mempunyai banyak perbezaan dari segi penghayatan watak walaubagaimana pun beliau menyukai kedua duanya dan akan terus menyanyi disamping berlakon nanti.

Semasa 'fanmeet' pada malamnya yang bermula agak lewat sejam dari yang dijadualkan. Park Hye Su menyampaikan lagu yg dinyanyikan yg terdapat dalam OST Yong pal bertajuk "Please Only Remember Me". Dengan kehadiran 3,000 peminat dan pengunjung memenuhi setiap ruang 3 tingkat Suntec City Mall Tower 2, kedua-dua bintang ini kelihatan ceria menyapa peminat. Sempat juga Joo Won memohon maaf kerana meletakkan peminat didalam setuasi yang sukar kerana dikabarkan sebilangan peminat telah menunggu seawal pukul 7 pagi. Ahh... tentu saja sikap rendah diri Joo Won sentiasa membuatkan peminat semakin menyayangi beliau.

Dalam sesi temubual dihadapan peminat, Jon Won menyatakan bahawa membawa watak utama adalah satu tanggungjawabnya yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Sebagaimana wataknya seorang yang sangat bertimbang rasa dan sangat prihatin dengan semua orang didalam drama, sebegitu jugalah dirinya ketika diluar lakonan kerana beliau adalah seorang yang optimis dengan persekitarannya. Dalam masa yang sama Joo Won menyatakan terjadi sesuatu insiden yang memalukan iaitu pada permulaan drama dimana watak Kim Tae Hee sebagai pesakit, ketika menunggu giliran wataknya secara tidak sengaja beliau tertidur diatas katil sampai mendengkur kuat disebelah Kim Tae Hee. Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakannya.

Jon Won bukan saja berbakat dalam lakonan, menyanyi dan bermain gitar juga berkebolehan dan beliau juga sering berlakon didalam theater dan sesuatu yang beliau teringin untuk lakukan addalah ingin mencuba bakat sebagai pengacara radio pula. Sepanjang 'fanmeet' tersebut Joo Won tidak berhenti-henti melambai para peminat dan hampair kesemua tumpuannya dilontarkan ke tingkat atas. Joo Won berkata dia tersangat gembira dengan penerimaan peminat di Singapura dan sekali lagi beliau berterima kasih diatas sambutan peminat untuk drama "Yong Pal'. Justeru itu beliau sangat berharap akan dapat datang lagi ke Singapura pada masa akan datang.

Usai sahaja sesi 'autograph', bergambardengan peminat bertuah, Joo Woo dan Park Hye Su mengucapkan selamat tinggal kepada semua peminat.
Kepada peminat 'Yong Pal' jangan lupa menyaksikan siaran ulangan drama ini yang akan bersiaran bermula pada 7 November 2015, Sabtu @ 4.30 pm melalui ONE HD (Astro Malaysia).

Terima kasih tidak terhingga kepada ONE TV Asia, Sony Pictures dan Word Of Mouth Communication kerana memberi kesempatan kepada CARI Malaysia untuk membuat liputan ini.


Artikel oleh : isabel
Gambar dan video oleh : isabel dan Fieza

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2015 06:14 PM | Show all posts
Edited by isabel at 17-10-2015 09:07 PM




gambar semasa press conference dan juga fanmeet boleh lihat di www.facebook.com/asiancelebiritescariforum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054799 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list