|
|

Sumber foto : myresipi.com
Sambal kelapa amat popular di pantai timur Malaysia. Kelapa diparut dan digaul bersama ikan rebus. Setelah digaul, tumbuk kelapa tadi bersama cili sesedap rasa. (Siap)
Ia sedap dimakan bersama kacang botol dan ulam-ulaman. Selamat mencuba
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 biji kelapa parut (putih)
3 sudu besar udang kering
3 tangkai cili merah
1 1/2 sudu besar asam jawa (bancuh pekat dengan sedikit air)
garam secukup rasa
Cara-cara
tumbuk udang kering tapi jangan terlalu halus dan kasar menggunakan lesung batu
kemudian, masukkan cili merah dan garam bersama udang kering tadi serta tumbuk hingga lumat
masukkan kelapa parut pula dan tumbuk hingga semua bahan menjadi rata
akhir sekali, curahkan air asam jawa dan tumbuk rata
sedia dihidangkan dan enak dicecah bersama kacang botol dan ulam-ulaman |
|