KEMATIAN pelakon Paul Walker yang terlibat dalam kemalangan pada November 2013 memberi kesan mendalam buat Vin Diesel yang merupakan teman baik mendiang dan mereka sama-sama berlakon dalam siri Fast & Furious.
Melalui waktu yang sukar sepanjang tahun lalu Diesel bagaimana pun memberitahu watak lakonannya dalam The Last Witch Hunter membantu berhadapan dengan kesedihan.
“Kematian menjadi satu perkara besar buat saya tahun lalu. Ia bagaikan satu terapi memainkan watak tersebut selepas berhadapan dengan kehilangan Paul.
“Cerita watak tersebut yang mempunyai kehidupan abadi sangat melankolik. Tahun 2014 adalah yang paling mencabar buat saya dalam banyak perkara. Memainkan watak yang menggambarkan kesedihan dia adalah sangat tepat pada waktunya.
The Last Witch Hunter merupakan filem arahan Breck Eisner yang dijangkan berada di pawagam hujung Oktober ini. Diesel memegang watak Kaulder yang merupakan seorang pemburu ahli sihir dan dia punya misi untuk menghentikan pergolakan ahli sihir di New York.
Watak dalam The Last Witch Hunter menjadi saluran Diesel mengatasi kesedihan.
Dalam temu bual bersama
Assosiated Press, Diesel juga membayangkan siri Fast & Furious akan disambung. Khabarnya Diesel sendiri menjadi pengarah untuk filem yang akan dilancarkan pada tahun 2017 itu.
“Paul memberitahu Fast & Furious 7 pasti akan ‘meletup’ dan yang ke-8 juga menjanjikan perkara sama. Apabila seseorang yang dianggap abang berjanji sebegitu, saya rasa berbesar hati untuk meneruskannya,” ujar Diesel.
Diesel dan Walker menjadi sahabat baik yang menerajui siri Fast & Furious.