14 terperangkap insiden kepala air di Sungai Chiling
ISNIN, 19 OKTOBER 2015 - 12:
Sungai Chiling
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 12 lelaki dan dua wanita terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, dekat sini malam ini.
Mereka dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, 13 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7 malam.
"Tujuh pengunjung adalah warga Pakistan dan diselamatkan pada 10.45 malam," katanya sambil menambah usaha mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata anggota penyelamat terpaksa menunggu paras air di sungai berkenaan surut bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Namun, katanya, laluan alternatif sedang diusahakan untuk ke lokasi mangsa terperangkap. - BERNAMA
kepala air ni iols selalu bayangkan kalau kite tgh mandi kan tetiba air dtg secara mengejut dan kalau x sempat elak akan dibawa arus.. mse kecik2 dgr cikgu ckp mcm tu.
Selalu mandi kat Pertak - bawah sungai chiling ni. Kat sana selalu ada orang asli yang akan jaga pengunjung2 yg mandi kat situ. Pernah sekali tu orang2 asli ni terjerit2 suruh orang naik tebing. Kitorang pelik gak sebab masa tu tgh panas terik. Rupanya2 kat atas bukit tu awan mmg dah hitam. Menggelupur memasing kemas barang terus balik.
My MIL pernah cite, berbelas tahun dulu anak kawan dia mati lemas kena kepala air kat Pertak ni.
Sejak kematian 3 beradik yg masih kecik masa mandi air terjun dgn bapak depa disebabkan kepala air ni, aku terus fobia walaupun depa bukan siapa2 bg aku dan bukan aku yg melihat kejadian. Aku takkan bwk anak2 aku pi air terjun...
benda nih jadi secara tiba2 bila hujan lebat kat hulu..... kita yg berkelah aman2 je sbb x hujan tiba2 air dtg mencurah2..... nasib la sapa yg tgh dok mandi.....
kisah aku dulu lagi bahyer..umah tepi anak sungai..malam tu semua org dh lari aku dlm bilik mandi..diorg agaknya ketuk2 aku tk dengar..so bila aku siap mandi aku keluar bekemban dan bertudung tuala litup tengok smua org xde..biasanya diorg lepak kt hall tgk tv..aku dgr mcm bunyi lori punggah batu..aku jenguk kt beranda sekali aku dh tkle begerak hanya terpegun melihat mcm tsunami mbawa sebatang kayu balak dua pemeluk beguling2 bersama batu besar dan air deras dari atas bukit..aku hanya bediri disitu..tapi hanya sejengkal je tk kena tiang beranda betul2 tepi sungai..maka ia berlalu didepan mata ku menghentam rumah2 pekerja dibelah bawah lagi. kami terputus hubungan jalan dan telekomnukasi 2 hari.
sekian kisah benar..alhamdulillah masih dcini main porem
Post time 19-10-2015 10:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rasa berbanfing tsunami dan kepala air ni,kat malaysia ntah2 kepala air lebih ramai korbannya.aku x pernah experience kepala air first hand tp tengok yg tgh air sungai memasang adelah..quite scary.seb baikla kami dtg a few hrs late.cer kalo kami dtg awal n tgh berendam situ.xleh byg
petua org dedulu katanya lepas hujan kalo di kawasan air terjun tetiba nampak byk aliran daun2 kering/luruh dari atas means kepala air nak datang laa tu...so beware