Hari-hari makan benda sama apa salahnya hari ini cuba masakan seafood pula. Pelbagaikan menu harian anda baru lah hidup gembira lebih ceria, janji jangan membazir.
Penulis cadangkan hari ini anda cuba resepi ini, lala goreng berlada yang pasti membangkit selera. Jom cuba
Sumber foto : intaidapur.blogspot.com
Bahan-bahannya:
1 kg lala
300 gm cili boh
6 tangkai cili merah
20 gm belacan(dibakar)
100 gm minyak
Bahan-bahan dikisar:
60 gm bawang putih
200 gm bawang merah
7 sm lengkuas
3 batang
Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2.Masukkan cili boh dan kacau hingga garing.
3.Masukkan belacan bakar.Kacau hingga sebati.
4.Kemudian masukkan lala dan kacau hingga mendidih.
5.Akhir sekali masukkan cili merah yang dibelah.