View: 2268|Reply: 0
|
Mengapa Air Suam Dikatakan Rahsia Kecantikan?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Minum air putih atau air suam sangat bagus untuk kesihatan. Pengambilan 8 gelas sehari atau 2 liter air putih harus diamalkan.
Mengapa air suam dikatakan untuk kecantikan?
1. Membantu menguruskan badan
Air suam berupaya untuk membuang lemak dan melancarkan proses di usus. Ia juga meningkatkan metabolisme sehingga menjadikan berat badan anda seperti yang diidam-idamkan.
2. Melenakan tidur
Merendam kaki dan mandi dengan air suam akan memberi kesegaran. Tubuh akan menjadi 'relaks'. Tidur akan menjadi nyenyak dengan tanpa gangguan. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan daripada timbulnya lingkaran hitam bawah mata.
3. Mencegah jerawat dan penuaan
Dengan menggunakan air suam untuk membasuh muka, ia mengelakkan jerawat daripada tumbuh. Air suam juga ini sangat baik untuk melancarkan pengaliran darah.
4. Melembabkan kulit
Amalan minum air suam secara harian membantu menjaga kelembaban kulit. Air suam boleh mencegah daripada kulit kering dan bersisik.
Untuk pengetahuan, jika anda biasa minum air berais atau sejuk, ia akan menyebabkan usus anda menyempit dan membekukan sisa-sisa makanan di dinding usus. Oleh itu, untuk penjagaan usus dan kecantikan dalaman, amalkan minum air suam selalu. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|