CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4051|Reply: 16

Kegigihan budak lelaki jual ulam undang simpati masyarakat

[Copy link]
Post time 20-10-2015 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Kegigihan budak lelaki jual ulam undang simpati masyarakat
                                            




                                 Netizen harap pihak berwajib tampil bantu Hafiz dan keluarganya. - Facebook

KUALA LUMPUR: Dalam usia yang masih mentah, seorang budak lelaki nyata sudah memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Beberapa page laman sosial Facebook berkongsi kisah budak lelaki di Ipoh, Perak ini. Dalam perkongsian tersebut, budak lelaki dengan nama Hafiz ini dilaporkan menjual ulam-ulaman di sekitar bandaraya Ipoh, hanya dengan berbasikal.








Adakalanya, Hafiz dilihat berada di pasar-pasar malam untuk berniaga. Harga barang jualannya pula dikatakan jauh lebih murah daripada yang biasa didapati di pasaran.

Menerusi foto-foto yang dikongsi, usia Hafiz dianggarkan sekitar sembilan atau 10 tahun.

Maklumat yang diperolehi melalui Facebook menyatakan Hafiz sudah tidak bersekolah, sebaliknya bekerja untuk membantu menyara keluarga memandangkan ibu bapanya tidak punyai punca pendapatan.

Tidak dapat dipastikan mengapa ibu dan bapa Hafiz tidak bekerja.

Seorang pengguna Facebook dengan nama "Gold Mass" turut berkongsi cerita pertemuannya dengan Hafiz. Menurut Gold Mass, Hafiz mempunyai dua orang adik, dengan yang bongsu baru berusia setahun.
Rata-rata netizen kagum dengan sikap berdikari dan bertanggungjawab Hafiz. Dalam masa yang sama, ramai juga yang meminta agar pihak-pihak berwajib tampil ke hadapan untuk membantu Hafiz dan keluarganya.-Awani



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 05:06 PM | Show all posts
Kesiannya adik ni. Pelajaran lagi penting.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:18 PM | Show all posts
ice_sky92 replied at 20-10-2015 05:06 PM
Kesiannya adik ni. Pelajaran lagi penting.

slalunye kalau family dh miskin...
anak2 la kena sacrifice....x dpt gi skolah.....
no money no school...
no money no wedding...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb bdk2 x berduit jgn birah nk kaqin, x psl2 dpt ank, ank yg kena kerja nk tgg ko.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:48 PM | Show all posts

ada lagi ke orang susah kat malaysia. ke pok cik mimpi ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 06:03 PM | Show all posts
die jual ape?? kacang botol ade x? bagusnye adik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya adik nie..moga adik pihak yg tlg family nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata masuk habukkkk tgk adik ni..tabahnya beliyau...semuga Allah limpahkan tezki buatmu adik hafiz...aaammmmiiinnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2015 08:20 AM | Show all posts
Budak jual ulam tolong ibu tarik simpati netizen
Wartawan Sinar Harian
                                                                 20 Oktober 2015                                 



                                                   

SHAH ALAM - Kegigihan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual ulam di sekitar bandar Ipoh mengundang simpati netizen selepas beberapa foto dia berniaga menjadi viral di laman sosial hari ini.

        Menerusi perkongsian di beberapa laman di Facebook, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Hafiz membantu menyara keluarganya dengan menjual ulam-ulaman dengan hanya berbasikal di sekitar bandar Ipoh.

        Malah, Hafiz yang mempunyai dua orang adik, turut dilihat berniaga di pasar malam dan turut menawarkan harga yang jauh lebih murah dari kebiasaan.

        Sementara itu, salah seorang pelayar Facebook yang menggunakan nama Gold Mass memberitahu, melalui lawatan yang dilakukannya, kanak-kanak itu sudah tidak bersekolah kerana ibu-bapanya sudah tidak bekerja.

        Menurutnya lagi, ibu kanak-kanak itu terpaksa memberikan air teh kepada adik bongsunya kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu.

        Bagaimanapun, sebab ibu-bapanya tidak bekerja masih tidak diketahui.

        Sikap tanggungjawab kanak-kanak ini ternyata mengundang simpati netizen dan menjadi inspirasi dengan kesungguhan yang ditunjukkannya.

        Zaidi Gedong menulis: “Kadang-kadang aku mengeluh dengan kehidupan aku, tapi ternyata ada lagi yang menghadapi ujian yang jauh lebih perit.”

"Kepada perompak dan penyamun, kamu patut malu kepada adik ini. Sekecil dia boleh cari rezeki halal tapi sebesar kamu hanya tahu buat kerja haram, malu la wei...," tulis Nur Shazwani.



http://www.sinarharian.com.my/nasional/budak-jual-ulam-tolong-ibu-tarik-simpati-netizen-1.442540
[url=]





[/url]

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:43 PM | Show all posts
Kecik2 dah niaga moga jadi usahawan berjaya bila dewasa nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:48 PM | Show all posts
Edited by Artemesiaa at 21-10-2015 01:52 PM

sorry double post
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 03:48 PM | Show all posts
semoga murah rezeki adik ni...

bapak dok wat pe sampai xde pendapatan...

mengeram telor ke..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kesiannya dik...kecik2 dah tau erti tanggungjawab nk bantu famili...moga adik dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yg baik dan jadi anak yg soleh...Aamiin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 08:46 PM | Show all posts
motif parents dia tak berkerja dan tanggung jawab cari rezeki menyara keluarga di pikul adik ni...harap dah viral ni, pihak berkenaan buat sesuatu...siasat kenapa bapanya tak bekerja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2015 07:38 AM | Show all posts
Keselamatan kanak-kanak menjual ulam satu keutamaan, JKM bakal siasat latar belakangAstro Awani |                                                 Oktober 21, 2015 22:13 MYT                    
                                                                                                    [url=whatsapp://send/?text=Keselamatan kanak-kanak menjual ulam satu keutamaan, JKM bakal siasat latar belakang%20http://www.astroawani.com/berita ... atar-belakang-77360][/url]                                             




                                 Menurut JKM daerah Kinta Utara, Hafiz dipercayai bukan berasal dari Perak dan kini dikatakan tinggal bersama wanita yang dikatakan ibunya.

IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kinta Utara akan berhubung dengan pihak JKM Perak berkaitan adik Mohammad Hafiz Ismail yang menjual ulam di Ipoh.

Adik Hafiz mula dikenali ramai selepas gambarnya yang gigih menunggang basikal bersama bakul berisi ulam mula viral di media sosial terutamanya Facebook dan beberapa portal berita perdana.

Menurut pegawai JKM daerah Kinta Utara Noor Hanizah Zulkafli, Hafiz, 12, dipercayai bukan berasal dari Perak dan kini dia dikatakan tinggal bersama seorang wanita yang dikatakan ibunya, Zuraida Zakaria, 28.

Noor Hanizah berkata pihaknya mendapati keluarga ini mempunyai sedikit pemasalahan berikutan status hubungan ibu bapa kandung adik Hafiz masih tidak dapat dikenal pasti.



“Kita memikirkan keselamatan kanakpkanak ini sebab kita tidak tahu dia berasal daripada mana. Mungkin beliau daripada negeri lain dan mungkin  ada keluarga. Kami akan berhubung dengan pihak JKM negeri yang berkaitan untuk lihat sama ada ada kehilangan kanak-kanak dan sebagainya. Itu tindakan awal daripada JKM yang boleh saya maklumkan,” kata beliau ketika melawat adik Hafiz bersama krew Astro AWANI, hari ini.

Sebelum ini, penduduk kampung di sekitar kawasan kediaman mengadu bahawa Zuraida mempunyai sedikit kecelaruan emosi dan mental yang tidak stabil justeru menimbulkan kerisauan dari segi penjagaan keluarganya.

Noor Hanizah berkata pihaknya akan menguruskan perkara berkenaan dan merujuk keluarga tersebut kepada sesi kaunseling sekiranya ia diperlukan.

Ditanya mengenai kemungkinan keterlibatan adik Hafiz dalam isu eksploitasi kanak-kanak sebagai buruh kerja, Noor Hanizah mengulas bahawa pihaknya tidak boleh mengandaikan sebarang kenyataan kerana ianya perlu disiasat secara telus dalam beberapa peringkat.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
Dalam pada itu, Adun Manjoi, Mohd Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata pihaknya akan mengambil langkah sewajibnya bagi menyelesaikan kes berkenaan.sot.

“Status Hafiz, saya telah pun memaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Utara untuk mengesahkan perkara berkenaan dengan rekod dan kedudukan beliau. Kami masih lagi menunggu jawapan PPD Kinta Utara,” kata beliau. -Awani


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 03:13 PM | Show all posts
semoga di murahkan rezeki adik hafiz sekeluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.101500 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list