|
Oleh Izzah Abbasy
Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Perancis di Stadium Pierre de Coubartin, Paris.
Dalam masa 36 minit Lee Chong Wei berjaya menewaskan pemain veteran dari Jepun, Sho Sasaki dengan straight set 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir.
Chong Wei akan menentang pemain China, Wang Zhengming pada pertemuan separuh akhir pada pukul 7 malam, Sabtu, waktu tempatan (1 tengah malam ini waktu Malaysia), menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Baca selanjutnya http : MStar |
|