View: 2482|Reply: 3
|
Petua Paling Jimat Atasi Rambut Kering Rosak
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Rambut kusam dan kering? Nak kena buat rawatan di salon ke?
Tak mahulah, mahal dan membazir sahaja. Jadi, apa kata anda gunakan cara paling mudah. Ia merupakan petua yang diamalkan sejak turun temurun.
Sama ada menggunakan minyak zaitun atau pun daun durian belanda, kedua bahan ini sangat-sangat membantu. Jom lihat petua yang dipaparkan menerusi Mingguan Wanita ini:
Minyak zaitun
1. Panaskan satu cawan minyak zaitun selama lima minit dan sapukan pada rambut.
2. Urut hingga minyak sampai ke akar rambut.
3. Balut kepala dengan tuala dan panaskan dengan menggunakan pengering rambut selama setengah jam.
4. Sapukan bedak pada rambut dan sikat sehingga minyak yang berlebihan keluar. Kemudian barulah disyampu.
Daun durian belanda
1. Ramaskan beberapa helai daun durian belanda dalam air.
2. Siramkan kepala dengan air tersebut selama lima hingga sepuluh minit.
3. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Amalkan selalu. - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
tambahan:
1. lumur rambut dari akar umbi minyak kelapa asli semalaman, esoknya basuh macam biasa
2. lumur santan kelapa yang sudah diperap semalaman, bungkus dan perapkan pada kepala seeloknya semalaman juga....pening sket bau dia, tapi result sangat bagus
both menyihatkan rambut, melebatkan, melambatkan uban |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|