View: 2709|Reply: 12
|
[Dunia]
Laporan antarabangsa senaraikan dakwaan salah guna kuasa Putrajaya
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 27-10-2015 07:24 AM
Laporan antarabangsa senaraikan dakwaan salah guna kuasa Putrajaya
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 27 October 2015 10:30 AM
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-antarabangsa-senaraikan-dakwaan-salah-guna-kuasa-putrajaya
Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Berjudul 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia', laporan sebanyak 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.
Tahap tekanan itu meningkat sejak lewat pertengahan tahun lepas sewaktu kritikan orang ramai terhadap layanan Putrajaya kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara kerana dituduh meliwat, dan perancangan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada April tahun ini, berlangsung.
HRW juga maklum akan "skandal rasuah menjadi-jadi" melibatkan syarikat milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyaksikan Putrajaya menyekat laman sesawang dan menggantung akhbar yang membuat liputan skandal itu.
Sewaktu taktik ini dilaksanakan, Putrajaya turut mengumumkan rancangan mengeraskan lagi undang-undang yang menyelia penggunaan Internet.
Laporan itu yang disusun meliputi tempoh lebih dari setahun bermula Mac 2014 sehingga bulan ini mendapati, media, pertubuhan sivil, serta pengguna media sosial dan ahli politik pembangkang menjadi sasaran.
Laporan itu berdasarkan analisis undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Perhimpunan Aman, dan pelbagai peruntukan di bawah Kanun Keseksaan.
HRW turut menyerlahkan pola tekanan seperti salah guna proses perundangan dengan tangkapan lewat malam, perintah reman yang tidak wajar dan pendakwaan terpilih.
Pengarah HRW Asia Brad Adams berkata, kerajaan Malaysia memperolok-olokkan perakuan hak asas dan demokrasi dengan melayan kritikan terhadapnya sebagai jenayah.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia berulang kali memungkiri janjinya bagi menyemak semula undang-undang yang menjenayahkan kebebasan bersuara secara aman.
Sebaliknya, Malaysia bertindak sewenang-wenangnya dengan mendakwa mereka yang berbeza pendapat dengannya," katanya dalam kenyataan yang mengiringi laporan itu.
HRW juga menulis kepada Kementerian Dalam Negeri, peguam negara, ketua polis negara dan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pandangan mereka yang dibangkitkan dalam laporan itu, namun tiada sebarang maklum balas diterima.
Dalam cadangannya, HRW menggesa agar Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia menyahsenaraikan ucapan yang menyinggung sebagai jenayah.
Undang-undang Malaysia katanya, sewajarnya konsisten dengan piawaian antarabangsa berkaitan kebebasan bersuara.
HRW juga mencadangkan kepada jabatan peguam negara agar semua siasatan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan digugurkan.
Putrajaya juga wajar menggugurkan rayuan mereka kepada Mahkamah Tinggi yang menolak penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily berhubung laporan mereka mengenai 1MDB.
HRW juga mempunyai mesej berikut kepada ketua polis negara: berhenti memberikan arahan menerusi media sosial untuk melakukan siasatan berdasarkan tweet, status Facebook dan kandungan lain media sosial.
Polis juga harus berhenti melayan perhimpunan aman sebagai “aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen” dan menambah Seksyen 124B dan 124C tidak seharusnya digunakan sebagai asas untuk menahan peserta perhimpunan aman.
SKMM pula digesa agar menarik balik sekatan terhadap laman sesawang Sarawak Report dan berhenti menggunakan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi mengekang perbincangan berkenaan 1MDB.
Menurut HRW, Malaysia juga memerlukan undang-undang mengenai kebebasan maklumat di mana maklumat kerajaan harus didedahkan melainkan terdapat alasan kukuh yang selari dengan undang-undang hak asasi manusia untuk tidak mendedahkannya kepada pengetahuan umum.
HRM menambah, Malaysia juga harus menandatangani dan memperakui konvensyen antarabangsa tentang hak sivil dan politik, pemansuhan diskriminasi kaum dan berhubung mempertahankan dan mempromosikan hak pekerja asing.
HRW turut maklum sidang kemuncak Asean akan berlangsung bulan hadapan dan menggesa pemimpin negara lain yang menghadiri agar mendesak Malaysia melakukan reformasi hak asasi manusia.
27 Oktober, 2015.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Padu sungguh pe yg dikatakan itewww..
Tapi
Adakah pm kesah semua nih??hummmm |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww... Hebat sungguh Malaysia ni sampai macam2 artikel buruk keluar. Buat la jgk artikel buruk pasal Burkina Faso ke, Suriname ke. |
|
|
|
|
|
|
|
ini lah yg dinamakan najib memperkenalkan malaysia di peta dunia
cer korang baca dari sisi positip
|
|
|
|
|
|
|
|
wayang murahan je
masalah perkauman kokesen
dengan negro kat tempat sendiri pun
tak selesai2 lagi
pigidah |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan antarabangsa selar budaya takut di M'sia
Hari ini, 11:39 am  Hari ini, 11:41 am
http://www.malaysiakini.com/news/317313
Walaupun pada awalnya tampil dengan janji-janji perubahan, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mewujudkan kekangan terhadap penentangnya, yang mengakibatkan budaya ketakutan, kata Human Rights Watch (HRW).
Kumpulan hak asasi antarabangsa itu perbahasan awam dan bebas di Malaysia semakin mengecil susulan langkah kerajaan terus menggunakan undang-undang untuk mendiamkan mereka.
Perkara itu dinyatakan dalam laporan 145 halaman berjudul “Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia”, yang dikeluarkan hari ini.
Ia turut memaparkan senarai panjang insiden tindakan keras bawah pentadbiran Najib sebagai perdana menteri.
Laporan itu dikeluarkan menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia bulan depan.
Kumpulan itu berharap AS dalam menekan agenda perubahan dalam undang-undang Malaysia yang menyekat kebebasan bersuara.
“Perdana menteri Najib dan kerajaan Malaysia berulang kali mungkir janji untuk menyemak semula undang-undang dan menjadikan kebebasan bersuara suatu jenayah.
“Sebaliknya, Malaysia secara berleluasa mendakwa pengkritiknya.
“Kerajaan memperolok-olokkan tuntutan demokrasi dan hak asasi dengan melayan kritikan sebagai sebuah jenayah,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Jauh sungguh nun di Asia Tenggara, Pemantau hak asasi nie memantau...
Tak perlu pergi jauh2......buat laporan ....bagaimana undang-undang Washington....mengenai hak bersuara tahanan di Guatemala...
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi, efisien btoi macai umno lapor diri di thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
'Dari segi hak asasi, Najib anak didik Dr M'
Geraldine Tong  Hari ini, 2:16 pm  Hari ini, 2:24 pm
http://www.malaysiakini.com/news/317358
Daripada segi pelanggaran terhadap hak asasi manusia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah anak didik Tun Dr Mahathir Mohamad, pengkritik nombor satunya kini.
“Taktik itu cukup sistematik, undang-undang yang sudah tertulis tersedia untuk digunakan bila sampai masanya,” kata Pengarah Asia, Human Rights Watch (HRW), Brad Adams.
Beliau berkata demikian dalam majlis mengumumkan laporan terkini badan antarabangsa itu bertajuk ”Mewujudkan budaya ketakutan: Penjenayahan hak bersuara secara aman di Malaysia” di Kuala Lumpur.
Adams berkata, Mahathir mengamalkan pelanggaran hak asasi manusia sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri Malaysia.
“Mahathir bapa kepada masalah ini di Malaysia.
Dan langkahnya bangkit di khalayak umum mengaduk tentang kurangnya hak bersuasat amat tidak dapat diterima.
“Dia patut berdiam sahaja dan minta maaf atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.
Sejak tahun lalu, Mahathir sentiasa lantang mengkritik Najib dan kontroversi sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.
Beliau bagaimanapun akhir-akir ini membangkitkan penggunaan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) bagi mengekang pengkritik 1MDB, serta penggantungan akhbar.
Sementara itu, perunding undang-undang HRW Linda Lakhdhir berkata dapatan mereka mendapati kerajaan semakin kreatif bertindak terhadap pengkritiknya.
“Kerajaan apabila tidak dapat gunakan suatu undang-undang, mereka akan cari undang-undang lain untuk digunakan,” katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
cik_tonggek replied at 27-10-2015 12:22 PM
ini lah yg dinamakan najib memperkenalkan malaysia di peta dunia
cer korang baca dari sisi p ...
Bagus, bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat katak bawah tempurung...kesiaaaaannnnn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wlpon panas ponggong berkerak, harusla mereka menampilkan diri tuk menunjukkan kat dewa harupunden betapa setianya mereka dgn gaji yg dibyr jd keyboard warrior mempertahankan panglima kepit mereka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|