View: 6540|Reply: 14
|
Evolusi Sangkaya Daripada Ais Krim Kelapa
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
SANGKAYA adalah cetusan idea daripada sekumpulan pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam memutuskan untuk menceburi sesuatu yang lain iaitu membuat ais krim.
Pembukaan Sangkaya yang pertama adalah di The Sangkaya SS15, Subang Jaya. Sangkaya merupakan usaha bersama oleh lima pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dengan pengasas Sangkaya iaitu Ivy Sangrida Kaya dan John Ishak Ho, dalam melayani ais krim kelapa yang segar.
Sejarah Sangkaya
Cerita ini bermula apabila salah satu daripada rakan-rakan, Imran Sheik, 24, memutuskan untuk mencuba ais krim kelapa, bertempat di Jalan Alor, Bukit Bintang.
"Rasa ingin tahu saya membawa saya untuk mencuba ais krim kelapa dan saya suka rasa dan konsep itu. Saya bercakap kepada Ayub mengenainya kerana saya mahu mengetahui lebih lanjut mengenai konsep itu," kata Imran. Sumber : Astro Awani
Sangkaya merupakan ais krim kelapa yang boleh dinikmati dengan kepingan kelapa, kacang panggang, kacang merah, jagung manis dan nestum. Keempat-empat bahan tersebut biasanya dikenali sebagai 'topping'.
Aiskrim Sangkaya ini boleh didapati di SS15 Subang Jaya, Ampang Point, Cyberjaya, IOI Mall Putrajaya dan beberapa tempat yang lain.
Harganya juga berpatutan untuk ais krim kelapa ini iaitu RM10.50 sahaja. Dengan tiga 'scoop' ais krim berperisa vanila, beberapa kepingan kelapa dan empat bahan campuran yang boleh diletakkan sendiri oleh anda. Namun, Sangkaya juga memperkenalkan ais krim kelapa yang boleh diletakkan di atas biskut kon.
Sangat sedap! Anda harus cuba. - CARI Infonet
Kredit gambar : Google dan Izzah Abbasy
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah try...banyak kali lalu tapi x terliur pun...lebih suka gelato |
|
|
|
|
|
|
|
kt tmpat i pon bru bukk, tp cm xminat pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ehhh bukan RM10.50 dapat 4 scoops? |
|
|
|
|
|
|
|
smlm tgk kt majalah 3 mcm sdp |
|
|
|
|
|
|
|
kat kelana jaya ada gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah makin banyak cawangannya sekarang. Benda tengah ni sekarang memang le dapat sambutan macam yg letak dalam pasu tu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehla tp xde la sampai teringat2 nk 2nd round..baskin pecan praline tetap dihati... |
|
|
|
|
|
|
|
Suke BR. Tapi kalo aiskim nih bagi free, bella makan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal
murah lg hok kt kelantan eskim dlm kelapa pandan tu baru 5 riya jahhh
terliur tgk majalah 3 tunjuk.
dlm byk2 eskim tu yg penah iols mkn eskim malaysia ngn pops malaya je. |
|
|
|
|
|
|
|
semua ciplak idea dari siam, kat gerai di medan mara padang besar RM5 ajerr.... aku lebih berminat nak tahu yang mana satu awek Ivy Sangrida Kaya... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh buat sendiri je kat rumah.. ongkos pun murah je.. mahal nau nak bali.. xpuas
Sebab duk viral, tu mengada nak try tu.. hiks |
|
|
|
|
|
|
|
ok la aiskrim die, tapi yg nyampah tu klo g kt ampang point tukang ceduk tu scoop mmg kaw kaw punya,
klo ioi tgk org ramai ke x klo xramai boleh dpt bnyk gak,
yg plg tak best central market, walauweeii kedekut gile, ngam 1 scoop tu je,
itu pun kdg2 ade yg lompong tgh.. hahahhahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|