Penyamun dalam lif di Setapak ditahan Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nabihah Kamal [email protected]
Kuala Lumpur : Lapan ahli kumpulan geng samun termasuk seorang remaja perempuan yang diburu polis berhubung kes samun dalam lif di Setapak yang ‘viral’ di laman sosial sejak 17 Oktober lalu ditahan di Wangsa Maju dan Ampang semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya membuat siasatan rapi berhubung kes berkenaan dan menyerbu sebuah hotel di Jalan Kampung Batu dekat Jalan Ipoh untuk menahan sekumpulan lima suspek.
"Dalam operasi pertama pada 12 tengah hari itu kami menahan empat lelaki dan seorang remaja perempuan yang mana seorang daripadanya individu di dalam video berkenaan.
"Susulan penahanan itu, 40 minit kemudian, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Setapak Indah dan menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 25 tahun," katanya pada sidang media, pada sidang media petang tadi.
Menurutnya, beberapa jam kemudian,seorang lagi lelaki berusia 26 tahun di tahan di Ampang.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 6:54 PM
Post time 30-10-2015 07:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Acong replied at 30-10-2015 06:28 AM
pompuan mana bagi maklumat?
Haritu ada org tempek komen dari fb siakap keli.. ada perempuan cakap dia kenal dorg tu siap cakap dorg tu ada kembar..salah sorg lagi mak dia jual nasi lemak.terang2 tunjuk muka pompuan tu n nama dia..
Post time 30-10-2015 07:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 30-10-2015 07:49 AM
Bangsa apa penyamun ni...pendatang ke tempatan.
Melayu noor..
Katanya yg sorg tu ada kembar.salah sorg tu anak penjual nasi lemak..yg baju body glove tu kot xsilap katanya dia tulah taiko n memang kuar masuk penjara je kejenyer... dorg duk gombak kalu ikut informer tu