CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 14

[Tempatan] Majlis Fatwa sedang kaji hukum hisap vape

[Copy link]
Post time 30-10-2015 10:09 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar kini sedang menjalankan kajian tentang vape.

"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet hari ini yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata Kabinet memutuskan perkara itu.

Abdul Shukor berkata keputusan penggunaan vape sama ada haram atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas beberapa proses kajian dilakukan.

"Ada beberapa proses yang perlu dilalui terlebih dahulu. Apabila selesai, keputusannya kita akan uar-uarkan kepada masyarakat.

"Rokok dan shisa sebelum ini telah diwartakan sebagai haram penggunaannya kerana kandungannya berupa tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan," katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata Kabinet mengenal pasti keperluan untuk mengadakan lebih banyak pendidikan kesihatan awam mengenai kesan pengambilan vape dan peraturan lebih ketat mengenai penggunaannya.

"Kementerian Kesihatan akan segera melaksanakan kedua-dua langkah itu," katanya dan menambah kejayaan kepada langkah tersebut dan kewujudan bukit seterusnya akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk melarang penggunaan vape di masa depan.
Dr Subramaniam berkata budaya mengguna vape di Malaysia dibincang secara menyeluruh oleh Kabinet yang kemudian mengambil kira kesan menghisap rokok dan rokok elektronik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 10:13 PM | Show all posts
Kajilah......
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:13 PM | Show all posts

kaji dan kaji dan kaji...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:15 PM | Show all posts
Lebai bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:19 PM | Show all posts
matamata replied at 30-10-2015 10:13 PM
kaji dan kaji dan kaji...

Masalah reply ini masih ada lagi ke? (testing)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:19 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 30-10-2015 10:19 PM
Masalah reply ini masih ada lagi ke? (testing)

ha'ah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang kalo haramkan meroyan vape society.  X de la cool mana pun.  Membongak yo
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Penting sgt ka fatwa? What difference will it bring?

Ummah x kisah gomen lagi x peduli

It's all about the money stupid!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak letak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 10:47 PM | Show all posts
kehidupan seorang muslim cukup terkawal
selain dari jais yg selalu awasi pergerakan kita, ada jakim yg awasi apa kita makan
dan juga majlis fatwa yg memutuskan sesuatu benda (hampir segala aspek kehidupan) adalah bagus utk kita
adakah majlis fatwa ni terdiri dari ahli2 sains/pakar juga? camana mereka memutuskan sesuatu hukum mcm hukum sains yg bercanggah dgn islam adalah sesuai utk ummah islam (sbg contoh teori evolusi)
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 11:21 PM | Show all posts


Jangan kata fatwa , al quran pun mrk  sindir2

ini setakat pak lebai  serban besar punyer nak bikin fatwa......setakat fatwa  xde siapa kisah


mcm sendawa selepas makan saja...


akhirnya ,vape tu  sunat muakkad  .

Kita kena belai vape.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap ada perisa babi guling..trus terselak kain lobai2 nk bermesyuarat untuk mengharamkan vaping...plot twist,ujung jatuh sunat pula sebab menggalakkan ekonomi dan bernau harum di hari jumaat?boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 04:37 PM | Show all posts
sila kaji hukum rasuah 1mdb sekali
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan da kate haramkan dulu? pastu kaji balik...amende ni? majlis badut ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043983 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list