CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4754|Reply: 29

[Tempatan] Terengganu bakal guna sampah sarap untuk hasilkan tenaga elektrik

[Copy link]
Post time 1-11-2015 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Terengganu bakal guna sampah sarap untuk hasilkan tenaga elektrik
Bernama | Diterbitkan pada November 01, 2015 08:45 MYT

                                                                    
                                
Selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif, sampah sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Terengganu bakal menghasilkan gas metana yang dapat menjana tenaga elektrik dengan menggunakan hasil kutipan sampah sarap menerusi projek 'Waste to Wealth' yang akan dimulakan tidak lama lagi.

Projek itu merupakan hasil kerjasama kerajaan negeri itu dengan dua syarikat antarabangsa iaitu Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan Renescience A/S, anak syarikat DONG Energy yang berpangkalan di Denmark.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pada peringkat permulaan, kerja penyelidikan dan eksperimen akan dilakukan terlebih dahulu dengan kerjasama kedua-dua syarikat itu.

"Sekiranya eksperimen itu berjaya, maka Terengganu merupakan negeri pertama yang akan menjana tenaga elektriknya dengan menggunakan sampah sarap," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan Renescience A/S di sini, pada Sabtu.

Ahmad Razif berkata projek itu mendapat pelaburan lebih RM1 bilion dan bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada anak muda negeri itu.

Katanya selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif, sampah sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri Terengganu sedang merancang untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Kuala Terengganu (SEZ) melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan sebahagian daerah Setiu yang meliputi kawasan seluas 729,000 hektar.
Katanya SEZ mampu mengimbangi kawasan pembangunan ekonomi negeri Terengganu secara menyeluruh supaya kegiatan ekonominya tidak hanya tertumpu di bahagian selatan Kuala Terengganu sahaja.

"Kami telah mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan berkaitan dengan cadangan tersebut dan berharap agar ia mendapat kelulusan untuk memajukan negeri Terengganu menjelang tahun 2020," katanya.                                                
                    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 03:44 PM | Show all posts
Ahmad Razif berkata projek itu mendapat pelaburan lebih RM1 bilion dan bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada anak muda negeri itu.

Besar mana stesen janakuasa elektrik guna sampah itu kerajaan terengganu nak buat sehingga dapat gajikan 10,000 penduduk terengganu yang menganggur nih? aku tak nampak kat ceruk mana nak bagi kerja..kalau nak kerja kat stesen janakuasa sampah itu dalam 100-150 orang mungkin logik..dan dalam 200 lagi dalam kerja kutipan sampah..campur dengan pengutip sampah sedia ada...yg selebih tu nak bagi kerja kat mana? sila kerajaan negeri terengganu yg sangat bijak pandai ini jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 03:46 PM | Show all posts
Wow...bagus tu....

blh le amik sampah dari Kelantan, Pahang & Selangor.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2015 03:53 PM | Show all posts
hrp2 efficient mcm sweden buat la, sampai jd pengimport sampah dpd negara lain utk stesen janakuasa diorg
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 04:00 PM | Show all posts
obelisk replied at 1-11-2015 03:53 PM
hrp2 efficient mcm sweden buat la, sampai jd pengimport sampah dpd negara lain utk stesen janakuasa  ...

itu kena buat kecik saja lah..yang sesuai dengan pengeluaran sampah seluruh daerah dan negeri terenggnu..tapi kalau dengar mb sebut tu pelaburan 1 bilion cam besar...kepala otak letak kat mana? nak gaji 10000 orang? ini hanya terengganu la umpama sebuah kampung daif.. bukan negara china..negara besar..sampah pun banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus. put sampah to good use. for better and cleaner environment.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2015 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
usaha yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 05:07 PM | Show all posts
bole import sampah negeri jiran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 05:31 PM | Show all posts
sampah dari Bngala ,Mynmar ,Indon ,nepal kita sekali lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah melawat yg kat Korea

Kesimpulan aku good for show

Giler ko Allah pun amik masa juta2 tahun nak buat Methane cemaner sampah orang ganu seminggu dah jadi bio fuel. Setakat gas kentut boleh lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampah banyak ke terrengannu? Bukan ke Terrenagnu negeri population kecil, mana datangnya feedstock?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ni insinerator kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 07:58 PM | Show all posts
asal ganu je mesti aku ingt barua broka,
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat citer back to the future 2
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Im sorry sis but this is too good to be true kekdahnya..and sampah pon specifically yang biodegradable jah kan..pastu yang pelestik sah2 kena incinerate jua kan..tapi better than nothing kan..bab dlm penyelidikan tuh sngt turn off hokkayy..lagi2 kalau buat di lokal uni.senyum sinis jah boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat thailand dah lama dah buat.. Baguslahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2015 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
trisna boleh digunakan utk menjana electric. baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-11-2015 07:26 PM
Aku pernah melawat yg kat Korea

Kesimpulan aku good for show

Semasa saya duduk di Scandinavia, sampah sarap dijadikan bahan bakar untuk didihkan air yg disalur ke rumah2 jadi heater. Dlm rumah, paip utk air ni ada di dinding2 dan penduduk dipesan supaya seal semua tingkap dan jgn membazir haba. Pd saya, heating yg mcm ni tak berapa panas dan saya tetap rasa sejuk. Mungkin sbb saya bukan native Scandinavian dan tak berapa biasa walaupun dah bertahun. Jadi saya beli portable heater yg pakai tenaga elektrik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2015 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kalau macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
hari1 replied at 1-11-2015 04:00 PM
itu kena buat kecik saja lah..yang sesuai dengan pengeluaran sampah seluruh daerah dan negeri tere ...

Kau ni semua benda pun nak bangkang.   Lihat dulu berapa ramai pekerja diperlukan nanti.  Yg kau hadap sgt nak provoke dan pertikai awal2 kenapa?  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.287046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list