CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 0

7 Bahan Alami Yang Perlu Wanita 30an Amal

[Copy link]
Post time 3-11-2015 09:46 PM | Show all posts |Read mode

Wanita memang padat dengan tugasan harian, kalau yang bekerja lagilah berkira untuk jaga belek kulit wajah setiap malam. Ya, sangat penat! Jadual yang padat menyebabkan wanita kurang tidur dan rehat. Bahananya, tubuh menjadi lesu, wajah kusam dan tidak bermaya.


Jangan risau, kali ini MW kongsikan tip untuk jaga kecantikan cara mudah dan lebih berkesan. Lagi menarik, bahan yang diperlukan sangat jimat...


1. Untuk wajah yang berseri dan bersinar, amalkan makan kelopak bunga mawar merah setiap hari.

2. Selain itu, air rebusan daun inai juga dapat mengatasi wajah yang pucat. Tumbuhan ini juga amat bermanfaat untuk kesihatan dalaman wanita.

3. Lekap mata dengan uncang teh selama 10 minit. Petua ini dapat menyegarkan mata dan menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.


4. Sesetengah orang mengalami masalah rambut kering dan gugur, tambah pula kalau wanita selepas bersalin. Bagi mengatasinya, ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir. Tapis dan buang hampasnya, sapu pati ini di kulit kepala dan rambut. Kemudian, balut kepala dengan tuala selama 10 minit. Hasilnya rambut sihat dan bersinar dan kulit kepala terasa segar dan sejuk.




5. Lenyekkan tomato sehingga lumat, lumur pada wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air putih. Masker semula jadi ini akan membuatkan kulit wajah licin, lembut dan sekata.



6. Agar bibir merah dan merekah bak delima, sapukan madu pada bibir setiap malam sebelum tidur. Apabila bangun pagi, cuci lebihan sisa madu di bibir dengan hirisan limau nipis.



7. Kulit badan juga jangan diabaikan. Untuk miliki kulit yang cerah dan kemerahan, gosok setiap inci tubuh anda dengan hampas kelapa. Percayalah, cara ini boleh hilangkan daki dan menjadikan kulit lembut serta lembap.

mingguanwanita




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054625 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list