CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4138|Reply: 23

[Dunia] Antartika semakin cair

[Copy link]
Post time 4-11-2015 10:19 AM | Show all posts |Read mode

MIAMI – Pencairan ais di Antartika Barat mencetuskan kebimbangan berikutan paras laut dunia boleh menyebabkan keadaan tidak stabil termasuk boleh membawa kepada peningkatan paras laut sebanyak 3 meter, kata sekumpulan saintis kelmarin.

Penyelidikan yang diketuai penyelidik glasier Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Eric Rignot sejak setahun lalu itu turut memberi amaran bahawa ais Antartika telah mencapai tahap penyusutan yang tidak dapat dipulihkan lagi.

Rignot sebelum ini berkata, kadar pencairan itu ‘tidak boleh dihentikan’ sehingga boleh menaikkan paras laut sebanyak 1.2 meter.
Kali ini, penyelidik di Institut Penyelidikan Impak Cuaca Potsdam di Jerman menunjukkan kesan jangka panjang di kawasan Laut Amundsen di Antartika Barat.
Mereka menggunakan model komputer untuk menunjukkan kesan selepas 60 tahun mengikut kadar pencairan semasa.

“Situasi ini akan menyebabkan lapisan ais Antartika Barat melangkaui batasan kritikal yang akan membawa kepada kemusnahan jangka panjang.
“Ini bermakna, keseluruhan lapisan ais itu akan mencair ke dalam laut, menyebabkan paras laut dunia meningkat sekitar 3 meter,” lapor kumpulan itu.

Pemanasan global selama beberapa dekad dikatakan sudah cukup untuk menyebabkan lapisan ais dunia mencair sepanjang tempoh beratus mahupun beribu-ribu tahun akan datang.
“Jika ketidakstabilan itu sudah berlaku, peningkatan paras laut sebanyak 3 meter sepanjang beberapa abad hingga kurun berikutnya mungkin tidak dapat dielak­kan lagi,” kata Ketua Penyelidik, Johannes Feldmann. – AFP


- KOSMO



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 10:21 AM | Show all posts
semalam macam ada thread semakin beku..acong ke buka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:28 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-11-2015 10:21 AM
semalam macam ada thread semakin beku..acong ke buka..

kan... benang semalam citer antartika semakin membeku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:30 AM | Show all posts
epis replied at 4-11-2015 10:28 AM
kan... benang semalam citer antartika semakin membeku...

http://mforum2.cari.com.my/forum ... ht=global%2Bwarming


semalam dari imej satelite..hari ini research..mana yang kita perlu percaya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:32 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-11-2015 10:30 AM
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=911548&highlight=global%2Bwarming

biasa la...ada hari membeku..ada hari dia cair..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:33 AM | Show all posts
sekejap membeku....sekejap mencair pulak dia ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 10:43 AM | Show all posts
percanggahan fakta...mne 1 nk percaye ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:43 AM | Show all posts
harkktuih replied at 4-11-2015 10:32 AM
biasa la...ada hari membeku..ada hari dia cair..

masalahnya 2 2 tengok pada benda sama n perubahan sama..sorang nampak makin cair..sorang nampak makin beku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih percaya penyelidikan dari menelaah gambar satelit. Korang aendir boleh fikir sejauh mana ketepatan penyelidikan dari penelitian gambarajah. Penyelidikan disini tidal mungkin hanya memakan masa sehari dua. Malah tidak mungkin hanya melihat dari jauh tanpa ada sebarang kaji ukur dan pengiraan sample. Tak gitu @Acong ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-11-2015 10:43 AM
masalahnya 2 2 tengok pada benda sama n perubahan sama..sorang nampak makin cair..sorang nampak ma ...

Yang sorang nampak. Yang sorang lagi merasai. Lain tu. Yg nampak hanya pada gambar. Yg sorang merasai sendiri pada kajian yg dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:54 AM | Show all posts
winamp05 replied at 4-11-2015 10:52 AM
Yang sorang nampak. Yang sorang lagi merasai. Lain tu. Yg nampak hanya pada gambar. Yg sorang mera ...

gambar represent 1000 of word..aku lagi percaya gambar dari kajian..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-11-2015 10:54 AM
gambar represent 1000 of word..aku lagi percaya gambar dari kajian..

Ler.... penelitian terus ke kutub berbanding menelaah gambar dari jauh. Kajian bukan bermaksud hanya lihat. Malah mengukur dan mambanding antara saiz ice dengan cuaca semasa. Ada gambar yg boleh kita kelaskan sebagai "mencerminkan seribu kata" ada yg tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 11:46 AM | Show all posts
winamp05 replied at 4-11-2015 11:32 AM
Ler.... penelitian terus ke kutub berbanding menelaah gambar dari jauh. Kajian bukan bermaksud han ...

most of the time penelitian based on sample..may be di kawasan research di buat ianya seperti yang diberitahu..tapi secara kesuluruhan sebagaimana yang digambarkan dalam imej..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la. Memang diberitahu kat artikel. Antartika barat. Antartika barat tu beso bukan kecik macam malaysia. Dan ada kiraan tepat untuk jumlah ais yg mencair. Bukan base on penelitian sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iols dah konfuse makin cair ke mkin membeku?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
azlinahmad replied at 4-11-2015 10:33 AM
sekejap membeku....sekejap mencair pulak dia ...

malam membeku
siang ada matahari ia mencair
hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 12:49 PM | Show all posts
So apa hipotesis yg di rungkaikan dalam kajian ini dan kajian artikel smlm? konfius
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Serupa lah Jibby membeli seketul cincin berlian kepada Rossy. Hati Rossy sebenarnya dah cair tapi buat muka garang.
Antartika pun sama jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu ni dr time aku skola lg.tkut kalau naik smpy 3meter
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2015 01:13 AM | Show all posts
winamp05 replied at 4-11-2015 10:51 AM
Aku lebih percaya penyelidikan dari menelaah gambar satelit. Korang aendir boleh fikir sejauh mana k ...

global warming nie hoax semata2nya.......

sejak 1995 dok global warming.....

singaporn dah tenggelam?  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.193765 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list