Pelabuhan Klang: Pemandu lori kontena selamat walaupun bahagian 'ekor' kenderaannya merempuh tembok jejambat bertingkat Pelabuhan Klang sehingga terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter tengah hari ini.
Dalam kejadian 12.30 tengah hari, pemandu berusia 30-an itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Utara dekat sini.
Setibanya di tempat kejadian bahagian 'ekor' lori terbabit yang membawa kontena merempuh tembok sebelum terjatuh dari jejambat berkenaan.
Bagaimanapun, kepala lori tersangkut di jejambat terbabit.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang Pegawai Bomba Kanan II, Shaharman Shahadan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.32 tengah hari.
Beliau berkata, enam anggota terbabit dalam operasi berkenaan.
"Pemandu lori hanya mengalami cedera dan tiada mangsa lain terbabit dalam kejadian ini," katanya.
Katanya, pemandu lori berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.
Post time 8-11-2015 07:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tgh mabuk ke ...amik drug drebar2 celaka ni...selalu nmpk dorg ni bawak laju ...mujurla tiada inesen victim kali ni..sepatutnya drebar tu mampos aje...
kawasan ni mmg merbahaya .... lori pengangkut kontena banyak lalu kawasan nie ... jalan pun tak rata sebab kenderaan berat banyak melalui kawasan ni .... kalo lalu bawah flyover, mmg skeri sebab atas fly over ... lori lori berdesup jer lalu ...