Garam Epsom? Untuk pengetahuan anda, garam yang anda guna untuk rencah masakan dan garam Epsom langsung tidak sama. Secara ringkas, garam Epsom tidak boleh dimakan dan ia gabungan magnesium dan sulfur sementara garam makan adalah sodium dan klorida. Jadi, apa kelebihan Garam Epsom untuk kecantikan dan kesihatan? Wanista senaraikan. #Rambut lebat dan segar Ingin rambut lebat dan lebih lembut? Cuba campurkan garam Epsom dan perapi sama banyak, panaskan dalam kuali/periuk sehingga garam cair dan bila sejuk, lurutkan pada rambut. Biarkan 20 minit dan bersihkan. Jika nak hilangkan lebihan minyak, tambah segenggam ketika syampu dan cuci rambut seperti biasa. #Rawat lebam Mandi dengan garam Epsom bukan sahaja menenangkan otot tetapi juga membantu mengurangkan lebam dan bengkak. Tambah dua cawan garam Epsom ke dalam bathtub dan berendamlah 20 minit untuk membantu magnesium meresap ke dalam pori-porimu. #Eksfoliat yang mendetoks Bila sental kulit dengan garam Epsom, magnesium membantu keluarkan kotoran dengan berkesan. Hanya tambah sedikit pada pembersih wajah atau minyak dan urut pada kulit sebelum bersihkan dengan air sejuk. #Melegakan kaki yang lenguh Disebabkan Epsom bersifat antirengsa, ia bagus untuk melegakan kelenguhan dan bengkak kaki. Ia juga boleh menghilangkan bau busuk dan melembutkan kulit. Tambah setengah cawan garam Epsom ke dalam besen berisi air suam dan rendam kaki selama 15-20 minit. #Mengurangkan kembung Untuk melancarkan aliran tubuh, anda hanya perlu berendam dengan air garam Epsom.
wanista
|