View: 5393|Reply: 27
|
[Tempatan]
Mukhriz sedia undur diri
[Copy link]
|
|
Mukhriz bersama pegawai polis IPK Kedah.
ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14.
Beliau berkata, hal itu akan berlaku sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya.
"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya kepada media di majlis anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata, saf (kepimpinan) perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk adun dan parlimen.
Beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral yang dimuat naik oleh pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki]
Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentaloon kelmarin.
Mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekalipun keputusan dibuat kepimpinan pusat.
Sementara itu, 300 bekas polis menerima Pingat Jasa Pahlawan sebagai menghargai pengorbanan mereka selama ini yang tidak pernah dilupakan kerajaan.
http://www.sinarharian.com.my/politik/mukhriz-sedia-undur-diri-1.449425
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk dap je la mukris oii |
|
|
|
|
|
|
|
Mukhriz sedia lepas jawatan dengan bersyarat
Adam Abu Bakar
| November 9, 2015
Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia melepaskan jawatan yang disandangnya dengan bersyarat.
Beliau akan berbuat demikian sekiranya rakyat Negeri Jelapang Padi itu tidak lagi menyokongnya.
“Namun jika dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Pengerusi UMNO Kedah itu berkata demikian bagi mengulas mengenai viral yang dimuat naik pemilik akaun Edisi Siasat yang memyebut ‘Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan UMNO’.
Status tersebut menjadi viral di Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO Kedah dan UMNO Pusat di Dewan Seri Mentaloon.
|
|
|
|
|
|
|
|
adohaiiii
dimana profesionalisme pemimpin kita niiii...
|
|
|
|
|
|
|
|
adun lada berkeras nk mengganti kah? |
|
|
|
|
|
|
|
yg menggantikan tu kene atas lantikan pm & mendapat persetujuan sultan..
klu rasa tak boleh kerja dgn boss sendiri, buat apa ler nak retorik lagi kununnya rakyat kedah memerlukan mu.. |
|
|
|
|
|
|
|
afal1495 replied at 10-11-2015 12:35 AM
yg menggantikan tu kene atas lantikan pm & mendapat persetujuan sultan..
klu rasa tak boleh kerja ...
Secara peribadi..me rasa kalu mukhriz letak jawatan BN susah nak menang kat kedah.. orang kedah lama2 masih hormat pada tun M... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada pi satu program di satu kawasan ni...kebetulan mukriz ada situ utk program yg lain...dan dia just nak take a look yg program I pi tu...terkejut tengok Cikgu lelaki/perempuan kalut nak berselfie dgn mukriz...gaya filmstar pulak dgn kamera/phone bertalu talu ambik gambar dia...dikerumuni sebegitu sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak tanya .... ada undang tak masa PRU setiap parti cuma boleh hantar satu wakil .... kalu xde, mukriz dan semua penentang Najib dlm UMNO x yah keluar parti, masa PRU boleh juga tanding atas tiket BN, chedet dan mihidin boleh bergabung kuasa dlm UMNO dan hantar wakil sendiri
PR x mungkin dpt mencabar UMNO dan PAS kat 4 negeri di utara
|
|
|
|
|
|
|
|
PRU akan dtg, kak mah konpem xkan kasi semua penentang dia dlm parti utk jadi calon
so skang cuma dua jalan, samada sebelum PRU dpt desak najib letak jawatan .... atau menjadi team B UMNO utk bertanding , tgk team siapa yg menang byk akan jadi presiden parti dan PM |
|
|
|
|
|
|
|
BN terlepas Kedah dulu sebab tsunami politik.. ler nih momentum tu dah takde, PAS pun dah mula kucar-kacir sejak DSAI ke dalam..
bila Nik Aziz takde, pintu bekerjasama dgn BN dah dibuka sejak PAS terasa di ayam2 kan dgn rakan pakatan yg lain..
klu PAS dah ada, perlu sgt ker Muhkriz nih utk BN menang di Kedah..??
|
|
|
|
|
|
|
|
klu ahli UMNO, tak terpilih bertanding atas tiket BN tapi still teringin sgt nak bertanding so kene bertanding atas tiket bebas la..
automatik kene tendang kuor dari UMNO..
|
|
|
|
|
|
|
|
turun sajalah mukriz. tunjuk jantan sikit |
|
|
|
|
|
|
|
bn ada harapan ke pru nanti?
baik mukriz cepat2 masuk pas |
|
|
|
|
|
|
|
dia tunggu kene kick utk jadikan isu, dan kemudian bolehlah diangkat sebagai hero.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu ikut scenario sekarang, dgn anwar kat dlm.. PAS & DAP pun bertelagah lagi, masalah dalaman PAS dgn org2 kuat join PAN..
yer, masih ada harapan lagi malah lagi cerah drp pru yg lepas.. itu pasal ler Mukhriz nih still nak maintain jadi MB, rakyat Kedah masih memerlukan khidmatnya ler kununnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalu ada kuasa ke dua dlm UMNO dgn sokongan majoriti ahli, kuasa ni tetap nak bertanding atas tiket BN, so apa salah nye.... amender plak otomatik keluar, Najib sendiri yg patut keluar sbb ada masalah 1MDB
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar memang jadikan taktik mukriz,
sebelum PRU 13,
gambar muka Mukriz banyak kat banner,
buat seminar, jemput Dato Mustapa, Tok Yiddin mai resmi,
masuk masuk hi way boleh nampak muka Mukriz,
jadi imej Mukriz dah mula masuk minda orang Kedah....
masa tu dah agak sesuatu,
takde pengalaman dan seniority, naik heli terus potong q, last2 Dato Bashar kena bagi jalan....
macam mana boleh menang dlm pru, tanya org kampung waktu kempen PRU......
|
|
|
|
|
|
|
|
........ dah nd MB Kedah,
apa apa program , mesti ada gambar beliau dalam banner,
imej dia custom made ikut jenis program, kebanyakan pakai imej orang muda,
kalu yg ceramah agama siap pakai serban
penasihat imej peribadi memang pandai....
//////////''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
so far apa yg dia buat???
ikut jejak bapa dia...
tuntut Penang bayar sumber air Sungai Muda kerna tak tebang kawasan tadahan...
bina airport... dua dua isu ini Penang tertekan...
...............................................................................
skang nasib baik ada pelaburan dari China.... usaha dari kerajaan Pas dulu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|