Oleh Adib Za
Siapa sangka wajah dan senyuman manis ini, merupakan pemilik badan yang tiada mempunyai kedua belah tangan.
Yang Pei, 24 merupakan seorang gadis tabah yang telah kehilangan tangannya sejak kecil selepas melalui detik hitam satu kemalangan melibatkan wayar elektrik.
Sejak itu, dia hidup tanpa berlengan dan tanpa berjari. Bagaimana dia menjalani kehidupan seharian? Selepas terlibat dengan kemalangan itu, Yang Pei tidak pernah lagi ke sekolah. Namun, keinginan untuk belajar tidak pernah berhenti.
Dia belajar satu persatu perkataan melalui rancangan TV. Dan dari situ dia menanam impian untuk bebas daripada cengkaman kesusahan. Memiliki bakat luar biasa, gadis comel ini mampu menyulam sebuah lukisan membentuk satu karya yang sangat indah. Dia juga mempunyai impian membuka perniagaan sulaman miliknya sendiri suatu hari nanti.
Namun, keadaan dirinya menjadikan perjalanan dan impiannya terbantut. Tidak mahu mengalah, Yang Pei mengambil keputusan untuk meninggalkan kedua orang tuanya dan mencuba nasib ke kota Shanghai. Meskipun dalam keadaan serba kekurangan, Yang Pei masih mampu berdikari. Dan tujuan utamanya pergi membawa diri ialah untuk berdikari, meskipun ia satu keputusan yang sangat mencabar.
(Sumber foto: Yourhealth)
Ibunya adalah segala-galanya buat Yang Pei. Gadis ini tahu ibunya tidak pernah berhenti berkorban sejak dia masih kecil. Kerana itu, keputusan berdikari dirasakan terbaik untuk dirinya, agar tidak lagi menyusahkan ibu dan keluarganya.
Kisah gadis 'penyulam' ini sebenarnya sangat memberi inspirasi kepada ramai orang. Adakah kita setabah dan sekuat dia? Anak-anak kini, adakah anda meringankan beban ibu bapa anda? Sebaliknya, menjadikan ibu bapa seperti hamba abdi anda? Bagi masyarakat yang terlalu suka berkeluh kesah, adakah ini akhirnya bagi kehidupan anda? Sedangkan lebih ramai yang lebih sukar dalam kehidupan anda.
(Sumber foto: Youtube)
Semoga kisah Yang Pei menjadi sumber inspirasi yang mampu membuka minda dan hati kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
Kita juga mendoakan semoga gadis ini mencapai impiannya dan berjaya dalam kehidupannya. - CARI Infonet
|