Betong : Purata umur sudah menjangkau 70-an. Namun jiwa muda segelintir lelaki warga emas menyebabkan ‘Kelab Tarian Bogel’ di pekan Betong, Thailand, di sini, tidak pernah sunyi dari dikunjungi golongan ini.
Bahkan kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang 200 meter dari pusat maksiat itu tidak sedikit pun mencetuskan rasa malu dalam kalangan pengunjung Islam.
Kumpulan lelaki warga emas yang datang berhibur didapati kerap memenuhi pusat hiburan sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan Jalan Grand Villa 2 di sini, yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada pengunjung.
Pusat hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat tarian bogel di Hatyai atau Bangkok, Thailand berikutan membenarkan pelanggan menyaksikan tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang persembahan.
Suasana ini sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki boleh menyentuh penari atau melihat persembahan dari jarak dekat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 7:39 AM
« »
TARIAN bogel yang menjadi tarikan golongan lelaki warga emas berkunjung ke Betong.
TARIAN bogel yang menjadi tarikan golongan lelaki warga emas berkunjung ke Betong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92069#sthash.8Cisotbc.dpuf
|