CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11355|Reply: 81

[Dunia] Seorang lelaki Indonesia Menjadi kaya sekelip mata dengan satu SMS.

[Copy link]
Post time 11-11-2015 02:55 PM | Show all posts |Read mode



SUPARMAN menunjukkan buku bank dan SMS dalam telefon bimbitnya yang memberitahu wang RM1.64 juta didepositkan ke akaunnya.

Landak, Indonesia: Seorang lelaki yang berjoli sakan selepas wang tunai Rp5.1 bilion (RM1.64 juta) tiba-tiba dimasukkan ke akaunnya kini bakal berdepan tindakan apabila diarahkan memulangkan duit berkenaan.

Suparman, 51, berkata, kejadian berlaku pada 2 Februari lalu apabila dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon memberitahu wang berjumlah Rp5.1 bilion didepositkan ke akaunnya.

Terkejut dengan SMS itu dia segera pergi ke mesin pengeluaran automatik (ATM) membuat pengeluaran Rp10 juta (RM3,213) dan memindahkan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada 5 Februari, dia membuat sekali lagi pemindahan wang berjumlah Rp100 juta (RM32,142) ke dalam akaun bank rakannya.

Pada hari yang sama dia membuat pengeluaran wang tunai di ATM Rp510 juta (RM163,837).

Dia kemudiannya membuat lagi beberapa pengeluaran menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai yang dikeluarkannya berjumlah hampir Rp2.2 bilion (RM706,596).

Beberapa hari selepas itu, Suparman cuba membuat pengeluaran lagi, tetapi malangnya mendapati wang dalam akaunnya sudah tiada lagi.

“Tidak lama selepas itu saya menerima panggilan dari Bank Negara Indonesia (BNI) yang memberitahu wang itu tersilap didepositkan ke akaun saya.

“Paling mengejutkan saya, BNI meminta saya mengembalikan sebahagian wang berkenaan.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menggantikan wang itu yang sudah habis saya belanjakan,” katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/92150#....RVV25szM.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dlm sinetron je. Rupanya in real life pon sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:03 PM | Show all posts
perghh!~ untung nyer

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:05 PM | Show all posts
kikikikiki kena bayor balik ke walaupun suda jadi kesilapan pihak bank?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:05 PM | Show all posts
apa lancau kat atm boleh kluar rm163ribu sehari...

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit derma la tu...bank pusat takde hak mempersoalkan wang derma...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
yg ni anak dia ke

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo ade call dri bank suh pulangkan duit jawap cm ni" dlm kewangan tiada istilah silap, cik menjawap la ngan audit nnti." ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 03:08 PM | Show all posts

tak...yg tu abang kandung lu...





Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lavamill posted on 11-11-2015 07:08 AM
tak...yg tu abang kandung lu...

abg kandung sy nama syamsul bukan batman
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:15 PM | Show all posts
rezeki terpijak. so, dia kena ganti balik jugak tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:15 PM | Show all posts
asik pindah akaun bank kawan je.....bayar hutang ke apa wak jowo ni..??

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
So bank boleh ke amik tindakan kat laki tu? Patut pecat je pegawai bank tu. Sama mcm kes sebulab lepas bank femes Deutscher tersilap masuk berbillion
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:32 PM | Show all posts
fuhh ... berdesup mengeringkan acc
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:33 PM | Show all posts
joli sakan beli apa??nengok background umah pon buruk jer..igt dah selamat buat banglow beso2..kekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 03:49 PM | Show all posts
pernah terjadi dulu ... kat US .... orang tu lari ... last2 kena buru and dah xtahan berjauhan ngan family dia pulangkan balik duit tu .....


and time aku handle system and procedure bank dulu .... pernah jadi bank tertransfer 2 kali amount sama ia itu 80k .... so orang tu dapat 160k .....
pastu contact banyak kali xdapat ....
last2 menyerah gak ... pulangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2015 03:55 PM | Show all posts
apakah kesannya jika bank tersalah bank in...cthnya kita wat pinjaman 8k, sudah masuk 8k dlm akaun kita, next week masuk lagi 8k d sebabkan oleh kesilapan account depa.....nk kira acaner tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Woooo xjujur punya pak yindon...

Dah tau bkn duit ko p la tnya bank trtibe byk duit msk akaun..

Skrg mendapat la...jenuh membayo uang tuh...huh
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:03 PM | Show all posts
yg 2.6 bil pon tersilap masuk akaun jugk ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 04:04 PM | Show all posts
bilalah acc aku nie org nak bg derma?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.067592 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list