View: 3587|Reply: 1
|
Takoyaki Isi Sotong, Lazatnya Tak Terhingga!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Sesekali nak juga rasakan resipi oriental, bukan? Takoyaki memang lazat, rasa sayur-sayuran dan juga isi sotong yang manis membuatkan ia bukan seperti makanan gerai yang lain!
Anda juga boleh pelbagaikan dengan menambah isi udang, sosej, ayam atau keju. Jom lihat video di atas, untuk ketahui cara penyediaannya. - CARI Infonet
Bahan-bahan:
150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi satay
Cara-caranya:
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis
Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning
Cara memasak:
1.Panaskan acuan takoyaki. Masukkan sedikit minyak.
2.Bila panas, masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan. Kemudian masukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi satay hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.
Sumber resipi: Faizlinda Yacob / Facebook RASA resepi
(Sumber foto: carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
takde tempat nak buat bulat-bulat tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|