View: 2253|Reply: 14
|
[Tempatan]
Kadar kemalangan jalan raya, Malaysia ditangga ke 20 tertinggi di dunia
[Copy link]
|
|
BENTONG - Kadar kemalangan jalan raya di negara ini serius, apabila mencatatkan kadar kemalangan ke-20 tertinggi di dunia daripada 160 negara.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata faktor kelajuan kenderaan menjadi penyumbang utama kadar kemalangan jalan raya di negara ini, walaupun pelbagai peraturan dan penguatkuasaan kepada pengguna jalan raya
dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan pihak polis.
Penunggang motosikal antara yang tertinggi mengalami kemalangan maut, katanya.
"Jumlah kemalangan jalan raya tahun ini mencatatkan 361,408 kes dengan 4,940 kes kemalangan maut. Daripada jumlah kes kemalangan maut, 60 peratus mangsa terdiri daripada penunggang motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Jom JPJ di tempat letak kereta Terminal Bas Bentong, di sini hari ini.
Sehubungan itu Tiong Lai mahu pelbagai langkah pencegahan ditingkatkan untuk para penunggang motosikal bagi menurunkan kadar kematian dalam kalangan mereka selain penguatkuasaan pihak polis dan JPJ.
"Kami juga akan pastikan kurikulum kelas memandu untuk penunggang motosikal lebih berkualiti dan pastikan penunggang motosikal terutama golongan muda serta warga emas mempunyai lesen memandu.
"Mana-mana yang belum ada lesen, JPJ ada menyediakan pelbagai program bagi mereka mendapatkan lesen seperti porgram Mylesen untuk golongan muda," katanya. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
sis jgn bimbo sangat voleh tak ?
eksiden tanahair byk libatkan langsiaq, bunian, pocong dan entiti2 mistik yg lain.
so ahkak rasa teraniaya sgt kalo sis sumbat dlm satu ranking yg sama dgn negara2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sikit hati tengok setengah orang Malaysia memandu kereta motor lori bas. Paling tak suka orang yang malas nak guna steering wheel dengan betul. Selalu masuk lane sebelah kanan masa kat koner. Sangat merbahaya. Sebab itu ramai yang mati..Sebab sememangnya mereka nak bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
pemandu malaysia penyayang
tu sebab letak anak kecil di depan driver
bila kemalangan
buat muka seposen mohon simpati |
|
|
|
|
|
|
|
No 1 negara mana?
Selalu tgk youtube , set2 russia mabuk vodka bw kete ntah apa2...asyik eksiden je![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Kalau tgk attitude driver kita, ranking tu masih boleh ditingkatkan lg![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
apa no 20.. no way
so apa lagi malaysia, sila berusaha sehingga ke titisan darah terakhir
untuk mendapat no 1. |
|
|
|
|
|
|
|
dah x tau mcm mne nk wat dh.. kena bina bonggol banyak2 kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, jpj dah guna superbike katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tempat lain kereta akan perhatikan motor tp kat msia nk bawak moto kena jaga2 dengan kereta. Macam pelesit nak2 kat kl.mane tak banyak eksiden. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah seperti membaca doa selamat dan yasin di tepi hiway mungkin dpt mengurangkan kemalangan jalan raya ..
Kata ostad dan ostajah |
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah membaca doa selamat dan yasin beramai2 di tepi jalan raya akan dpt mengurangkan kemalangan
Kata ostad ostajah |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la motor 60%, dah jumlah penunggang motor lebih byk dari kereta |
|
|
|
|
|
|
|
akak syak kaedah itu akan dapat menurunkan kadar kemalangan dan kecelakaan by 80% sebegitu sis. elhamdulillah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|