(Sumber foto: Bisikan)
Bagi anda yang gemarkan masakan pedas, ayam masak hijau memang mampu menambat selera!
Ada juga yang memanggilnya ayam berlado hijau, berbeza mengikut tempat.
Campuran cili hijau dan juga cili padi memang sangat 'membara'. Awas! Jika tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah cili.
Anda boleh variasikan sumber protein, tidak semestinya ayam, telur rebus atau ikan goreng juga boleh dijadikan masakan berlado hijau ini.
Lihat resipi yang dipetik daripada blogger masakan, Azlita Masam Manis ini:
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
Daun pandan ~ di simpul
1 batang serai ~ di titik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili hijau
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum.
3. Masukkan bahan yang dikisar dan masak hingga harum dan terbit minyak.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.
5. Merenihkan sebentar
6. Masukkan ayam goreng tadi
7. Gaul rata, sedia di hidangkan! - CARI Infonet
(Sumber foto: royco)
Sumber resipi: Azlita Masam Manis/ Facebook RASA resepi