Oleh Izzah Abbasy
Rakus untuk memutihkan kulit wajah sehingga terlupa untuk memutihkan leher sekali. Ibarat produk 'terlajak laris'. "Eeeee muka putih tapi leher hitam"!
Ha, tak nak lah macam tu kan? Rawatan untuk memutihkan leher ini bukanlah mengambil masa yang lama pun. Hanya satu hingga dua minggu sahaja. Kotoran di bahagian leher sukar dibersihkan kerana biasanya kotoran di leher akan meninggalkan daki.
Jom, ikuti dan amal langkah rawatan seperti berikut ;
1) Air Limau Nipis
Air limau nipis sangat berkesan mencerahkan kulit serta menyingkirkan sel-sel kulit mati. Selain itu, ia juga dapat menyegarkan kulit. Hanya menggunakan kapas dan basahkan dengan air limau nipis ini diseluruh leher. Biarkan beberapa minit.
2) Menggunakan air beras
Ketika memasak nasi, simpanlah air yang mendidih dan sapukan pada leher anda untuk beberapa minit. Lakukan setidaknya 1-2 kali seminggu untuk hasil yang maksimum.
3) Yogurt
Bersihkan leher dari kotoran dengan cleanser atau pembersih, kemudian sapukan yogurt ke seluruh bahagian kulit Biarkan dalam 10 hingga 15 minit.
4) Guna pelembab
Setelah mandi, sapukanlah pelembap wajah dan losyen atau krim badan yang sesuai.Kaedah ini boleh mengelakkan daripada daki dan kulit leher akan menjadi lembut.
CARI Infonet
|