CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 10

[Tempatan] Jalan utama di Klang Utara dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 18-11-2015 07:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 17-11-2015 11:52 PM

Jalan utama di Klang Utara dilanda banjir kilat
Anggota bomba dan penyelamat membantu melancarkan trafik dan menolak kenderaan terperangkap di jalan utama di Klang Utara yang dilanda banjir kilat. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat



[size=100%]KUALA LUMPUR, 17 November:
Hujan lebat yang berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang tadi mengakibatkan dua jalan utama di Klang Utara dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter.
Jalan yang terlibat ialah Sungai Rasah dan Jalan Padang Jawa yang teruk terjejas kerana dinaiki air.
Begitu juga di kawasan Sungai Pinang, Kampung Jawa dan Jalan Batu 3 Lama dekat Shah Alam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Sungai Pinang, Pegawai Kanan Dua Satya Seelan, tujuh anggota digerakkan ke lokasi yang terjejas.
“Bomba menerima panggilan pada jam 5.08 petang oleh orang awam dan tujuh anggota digerakkan ke lokasi.
“Setibanya kami ke lokasi, jalan raya dinaiki air menyebabkan kenderaan sukar melalui jalan utama Sungai Rasah dan Padang Jawa,

“Anggota bomba dan penyelamat membantu beberapa kenderaan melalui jalan yang dinaiki air bagi mengelakkan mereka terperangkap,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Difahamkan, polis trafik dari balai polis Klang Utara turut menempatkan anggotanya di lokasi untuk mengawal lalu lintas.
Beberapa kawasan di Klang Utara dilanda banjir kilat petang ini. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jelas Satiya lagi, tiada pemandu dan kenderaan terperangkap di lokasi yang dinaiki air.
Sehingga jam 7.30 malam ini, jalan raya terbabit masih ditakungi air dan laluan terpaksa ditutup sementara waktu.
Sehubungan itu, bomba menasihatkan pemandu tidak menggunakan jalan raya terlibat sebaliknya menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan lebih teruk.


s

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 07:57 AM | Show all posts
area sg rasau nih mmg selalu banjir..tak yah tunggu musim ujan pun..hujan lebat sejam je air dah naik..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 08:19 AM | Show all posts
mana pihak berkuasa tempatan ? tanganilah masalah banjir teruk kawasan "blacklist when heavy rain" ni
ICT kemain sibuk buat flyover,
longkang taknak dibesarkan
patut buat flyover ke meru dr tol bt 3.
huh!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 08:27 AM | Show all posts
kampeni saya betul2 tepi jalan sg rasau ni
parking keta limited
jadi kami parking tepi2 jalan
bila hujan lebat, memasing dah mengendap kat tingkap
nampak air naik je, pakat2 alihkan keta
bila nak balik, memasing kena redah banjir
hu~ dah biasa sangat dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sg rasau padang jawa memang selalu banjir kilat, dengan jem nya lagi kat tol tu. Bersabo jela.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:07 AM | Show all posts
harkktuih replied at 18-11-2015 07:57 AM
area sg rasau nih mmg selalu banjir..tak yah tunggu musim ujan pun..hujan lebat sejam je air dah nai ...

jom sinsing kain...meranduk banjir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2015 10:50 AM | Show all posts
kentel replied at 18-11-2015 10:07 AM
jom sinsing kain...meranduk banjir

berbikini je nok..takyah sinsing kain bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 10:56 AM | Show all posts
area padang jawa & sg. rasau tu peparitan mmg x dijaga pun .. dh tersumbat teruk tu.
lg stau hal .. area klang ni klu air laut pasang penuh .. mmg banjir la sbb air sungai2 melimpah .. dh x bleh nk hala ke laut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 10:57 AM | Show all posts
di sabah amnya, khususnya KK, Beaufort.. masalah banjir sudah menjadi acara tahunan sejak sebelum merdeka sampai skg.....tak kecoh pun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 11:17 AM | Show all posts
bahayanya la kalau wat trsangkut tgh2 tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 12:05 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 18-11-2015 08:27 AM
kampeni saya betul2 tepi jalan sg rasau ni
parking keta limited
jadi kami parking tepi2 jalan

sabar ye cik sabar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103776 Replies : 5674
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127986 Replies : 1781
Podcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
YgBenarPodcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
Views : 7202 Replies : 22
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 429646 Replies : 9138
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 26144 Replies : 27
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105156 Replies : 1650
Memeningkan kepala, pasport Malaysia tidak ikut format antarabangsa?
maklukpenggodaMemeningkan kepala, pasport Malaysia tid
Views : 11392 Replies : 16
1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober ini
maklukpenggoda1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober i
Views : 7454 Replies : 1
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 64645 Replies : 561
Penjawat awam berisko alami tekanan jiwa
maklukpenggodaPenjawat awam berisko alami tekanan jiwa
Views : 11236 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049721 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list