View: 1763|Reply: 0
|
Kulit Kasar, Kering, Bersisik Atasinya Dengan Ini!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Kulit anda kering, bersisik dan nampak kasar?
Memang memalukan, bukan? Tidak kisahlah lelaki atau wanita, pasti inginkan kulit wajah atau badan yang lebih baik.
Hanya menggunakan satu bahan (atau produk) anda boleh mengatasi masalah kulit kering ini. Paling 'best' ia boleh digunakan pada kulit wajah, bibir, badan, kaki dan sebagainya. Memang 'multi task'.
Bahan yang sangat berkesan tersebut, ialah jeli petroleum! Pernahkah anda mendengarnya? ia mudah didapati di pasaraya dan juga farmasi.
Lihat langkah-langkah yang mudah ini:
1. Sapu lapisan tipis jeli ini pada wajah anda yang kering. Ia dapat 'mengunci' kelembapan dan mengekalkan wajah yang lebih bersinar.
2. Pakai jeli petroleum ketika ingin keluar dari rumah terutama pada hari yang sejuk, kerana ia boleh mengeringkan kulit anda.
3. Anda juga boleh menjadikan ia sebagai masker. Hanya oleskan jeli ini pada wajah atau mana-mana bahagian kering. Biarkan selama 15 minit dan bilas hingga bersih. Sangat berkesan! - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|