Masih terbayang kelazatan Ketam Bunga Telur Masin di Restoran Cina Muslim Al-Munawarah. Sedap sehingga menjilat jari. Malah, kaki ketam yang rangup, cukup enak dimakan begitu sahaja. Saduran telur masin yang sekata dan sempurna berperisa membuatkan rasa itu kekal lama di dalam mulut. Panduan memilih ketam terbaik : - Ketam haruslah berwarna biru muda
- Bahagian belakang ketam harus padat apabila ditekan (menandakan ketam segar)
Resipi Ketam Telur Masin 2 ekor ketam 2 biji kuning telur masin Sedikit susu cair Cili padi (dipotong) Daun kari
Cara-cara Bersihkan ketam dan rebus separuh masak. Tapis dan pastikan ketam kering Selepas itu ketuk di bahagian kaki, tujuannya supaya semua perisa meresap. Sediakan sos. Satukan kuning telur masin dan susu cair. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis bahan-bahan sos dan masukkan ketam. Siap untuk dihidangkan.
(Pastikan ketam kering dengan sempurna, jika tidak, sos tidak akan melekat dengan baik). sajionline
|