View: 13722|Reply: 179
|
[Tempatan]
Obama pilih hidangan nasi tomato, dada ayam herba !
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memilih untuk menikmati hidangan mudah semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di sini yang antara lain berupa dada ayam yang dimasak dengan herba dan nasi tomato. Perkara ini diberitahu Cef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Richmond Lim yang berkata makanan berkenaan adalah tiga hidangan mudah yang perlu disediakan pihaknya kepada Obama. "Kami juga diminta untuk menyediakan ikan salmon pedas manis yang dihidang dengan nasi beras basmathi dan zucchini serta ikan kakap yang dimasak dengan herba tempatan dan nasi tomato," katanya. Obama dijangka berada di Malaysia selepas menghadiri mesyuarat APEC di Manila dan dijadual mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS Ke-3 selain Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-10.
Dengan pengalaman 32 tahun dalam bidang kulinari, Lim akan memantau kumpulan 30 orang cefnya dan 6O staf lain yang diberi tanggungjawab menyediakan lebih daripada 100 hidangan pada perhimpunan di Kuala Lumpur ini. Mengenai hidangan makan malam gala kepada ketua-ketua negara dan kerajaan yang dijadual Sabtu ini, Lim berkata ia akan menggambarkan citarasa tempatan berasaskan antara lain kulit kayu manis, serai dan halia sebagai bahannya. "Malaysia berupa syurga makanan. Pada asasnya kami akan menggunakan bahan tempatan yang terbaik dan segar yang akan menonjolkan identiti kulinari Malaysia. "Sebagai contoh sate daging wagyu kami yang diperap khusus menggunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan rasa terbaik," kata Lim. Beliau yang juga terlibat dengan Sidang Kemuncak ASEAN yang dihos Kuala Lumpur pada 10 tahun lalu berkata beliau tidak akan mengambil mudah tugas mencabar yang diletak di bahunya kali ini. Katanya beberapa petugas di bawah seliaannya dihantar mengikuti kursus khas agar mereka mampu memenuhi permintaan para pemimpin negara dan kerajaan ASEAN serta anggota perwakilan yang menghadiri sidang kemuncak itu. "Kami ada pasukan yang fleksibel serta kemudahan dapur berteknologi tinggi untuk menyediakan semua hidangan itu. Walaupun kami berasa agak tertekan, tapi kami pasti ingin menyajikan hidangan terbaik dan tidak sabar menunggu kedatangan acara ini," kata Lim. Sementara itu, Pengurus Besar KLCC, Alan Pryor berkata setelah berbulan-bulan membuat persiapan, beliau dan pasukannya kini sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah acara terbesar negara itu. Katanya dengan menggunakan keseluruhan ruang seluas 22,659 meter persegi, cabaran besar yang dihadapi pihaknya ialah untuk memenuhi permintaan yang beraneka jenis, termasuk perubahan yang dibuat pada saat-saat akhir. Beliau berkata mereka juga bekerja rapat dengan rakan berkaitan untuk memastikan acara itu berjalan lancar. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/98099 |
|
|
|
|
|
|
|
ni dia chef executive klcc,richmond lim
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakap tu siakap ke?
Sorry xpernah dengar |
|
|
|
|
|
|
|
Tak bubuh timun &,sambal belacan utk Obama?? |
|
|
|
|
|
|
|
malon ikan kakap pun tidak tau
sah malon maling bahasa indon ikan kakap |
|
|
|
|
|
|
|
para pemimpin ni pergi tempat orang pun masih nak demand bab makan. |
|
|
|
|
|
|
|
awat tak bg je die maksm nasi kerabu or dagsng? baru la kena ...mai negara org kna la try...n msia pun blh promote makanan tempatan...ni dibgnya jugak salmon la hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dia yang demand
biasanya pihak penganjur atau tuan rumah akan tanya apa hidangan yang dorang nak
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow sate daging wagyu tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
ingat obama suka soto banjar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes We can jer lah pak cik obama ni 8)-Haibat sangatlah USA dapat jadi superpower dan polis dunia 8) |
|
|
|
|
|
|
|
izanagiarcana replied at 20-11-2015 02:22 PM
Yes We can jer lah pak cik obama ni 8)-Haibat sangatlah USA dapat jadi superpower dan polis dunia 8)
Ko cakap apa ni dekkkk? Bahasa puak klingon ke wookie? |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kakap tu siakap la dekkk |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la mamat tu 'makanan malaysia'
budu, tempoyak, sambal belacan |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kakap tu hanya bleh didapati di kukup shj |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak mesyuarat nak bincangkan isu-isu ker nak melantakkk............ kalo nak ikut selera n budaya makanan dia nampak sgt kita ni mmg mengikut telunjuk barat.........kalo mokcik, mokcik jamu jer ikan patin masak tempoyak, ikan keli cili api, ikan masin, petai, ulam-ulam, sambal belacan. MOKcik yg tuan rumah suka ati aku lah nak bagi makan aper, ko x nak makan sudah pi makan kat otel bayar sendiri........ |
|
|
|
|
|
|
|
ko tak tau ker...ni salah satu kejayaan besar sidang puncak asean
kuala lumpur sebagai tuan rumah amat berbangga dengan kejayaan memenuhi selera obama
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesyuarat melantak je lah....wat ngabiskan berass mokcik jerk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|