Oleh Adib Za
Kebanyakan kafe masa ini bukan sahaja menitikberatkan menu yang 'walla' dan meletop, namun hiasan deko yang sangat memukau.
Itu yang dirasai pada kafe yang berlokasi di Seksyen 9 Shah Alam ini. Foodsbury sememangnya berbaloi untuk anda yang inginkan menu lazat sambil ditemani hiasan dalaman berkonsepkan rustik dan moden kontemporari.
(Sumber foto: eatdrinkkl.blogspot.com)
Antara menu yang anda boleh dapati di sini termasuklah hidangan sarapan, sandwich salmon, ayam panggang, lasagna dan pelbagai menu pencuci mulut.
Menariknya, ia bukan sahaja menjadi tumpuan para hipster, namun ramai juga di kalangan mereka yang berkeluarga begitu selesa menikmati hidangan di sini.
Jom apalagi, jika anda ke Shah Alam, bolehlah singgah ke kafe yang satu ini, Foodsbury - CARI Infonet
|