CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3543|Reply: 9

Biskut Titanic dijual RM98,000

[Copy link]
Post time 20-11-2015 10:44 AM | Show all posts |Read mode


Filem Titanic arahan James Cameron, pasti ramai orang gemar menonton, ada yang menontonnya berkali-kali.


Filem ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di seluruh dunia sehingga menjadi satu fenomena yang luar biasa pada tahun 1997 berhubung insiden kapal Tatanic tenggelam.



sumber foto : http://ichef-1.bbci.co.uk/



sumber foto: http://www.ooyuz.com/





‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom.




Manakala gambar dipercayai menunjukkan bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).




Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).




Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat.




Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’




Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.




Kapal Titanic karam selepas empat hari belayar melintasi Lautan Atlantik dari Southampton di England ke New York.




Ia melanggar bongkah ais pada 14 April 1912 mengakibatkan lebih 1,500 terbunuh.











sumber info: http://www.bbc.com/news/uk-england-34626108
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2015 11:09 AM | Show all posts
bodohnya orang putih ni, biskut keping pun mahal camtu, bole tipu diorang la camni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 11:29 AM | Show all posts
yang mahal namanya... bukan rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 02:04 PM | Show all posts
kuat betol biskut tu....x pecah sikit pon
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 02:10 PM | Show all posts
seb baik bkn basekot tiger
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2015 02:37 PM | Show all posts
Akan datang pasti harganya akan makin tinggi lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 04:56 PM | Show all posts
dia awetkan ke bskut tu... nmpk cantik lg
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:03 PM | Show all posts
sliza replied at 20-11-2015 11:29 AM
yang mahal namanya... bukan rasanya

bukan mahal sbb nama jgklah

tp kisah biskut tu yg relate dgn tragedi titanic tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 11:39 PM | Show all posts
Nak buat esei "Aku sekeping biskut kering"
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2015 03:53 PM | Show all posts
mengarutnye lahaiii...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041599 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list