View: 2065|Reply: 0
|
IS Guna Tin Air Soda Letup Pesawat Rusia
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : google image
Kumpulan militan Negara Islam (IS), hari ini mengaku menyeludup masuk bom di dalam tin air soda ke dalam pesawat penumpang Rusia, Metrojet yang terhempas bulan lalu di Semenanjung Sinai, Mesir selepas berjaya melepasi kawalan ke-selamatan di lapangan terbang Mesir.
Air tin soda yang digunakan militan IS untuk menyembunyikan bom di dalam pesawat Metrojet yang meletupkan pesawat berkenaan.
Pengakuan itu yang diterbitkan dalam majalah kumpulan itu didedahkan sehari selepas Moscow mengumumkan menjumpai kesan bahan letupan dalam rangka kapal terbang itu dan Rusia sedang berusaha memburu penjenayah yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Menerusi majalah dalam taliannya, Dabiq, IS memaparkan gambar didakwa sebagai bahan letupan tersebut yang disembunyikan di dalam tin air soda serta gambar pasport milik penumpang yang telah meninggal dunia.
sumber berita: utusan.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|