View: 1166|Reply: 0
|
Tidur Pun Boleh Jadi Kurus
[Copy link]
|
|
Tidur bukan sekadar untuk rehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian tapi tidur merupakan elemen paling penting membantu kita membakar lemak sedia ada. Anda perlu tahu cara mendapatkan hasil optimum untuk membakar lemak semasa tidur.
Apa yang perlu anda buat...
1. Makan malam awal
Jika anda makan sebelum tidur, proses pencernaan akan menjadi tak lengkap dan sistemnya akan menjadi perlahan. Ya, ini yang buat tambah lemak sedia ada, malah sistem pencernaan anda bermasalah. Akan menyebabkan masalah sembelit dan keasidan. Nak elak penyakit singgah, elok ambil makan malam lebih awal untuk memastikan sistem pencernaan membantu sistem penghadaman serta kadar metabolisme berfungsi dengan baik semasa anda berehat.
2. Senaman ringan selepas makan
Salah satu yang boleh dibuat ialah berjalan-jalan pada kelajuan perlahan. Ini membantu fungsi penghadaman yang lebih baik dan menjaga metabolisme anda kekal tinggi walaupun ketika sedang tidur.
3. Angkat berat
Orang yang mengamalkan latihan angkat berat atau perlu buat kerja mengangkat benda berat, dapat membakar lebih banyak lemak sepanjang hari dan malam. Fizikal menggunakan kekuatan membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak kalori apabila badan berada alam keadaan rehat.
4. Lebih sejuk banyak kalori diperlukan
Mekanisme pertahanan semula jadi badan dibina supaya jika anda merasa lebih sejuk, badan akan membelanjakan lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Kalau nak turunkan berat badan, cari kehangatan yang datang dari dalam tubuh, bukan daripada sumber-sumber yang berada di luar seperti menggunakan pemanasan.
5. Minum teh hijau atau air limau suam
Minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas plumbum metabolisme badan. Jadi ini akan membuatkan badan lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.
6. Tidur selama tujuh atau lapan jam
Jangan tak tahu, orang yang kurang tidur akan mempunyai metabolisme perlahan pada siang hari dan cenderung menambah berat badan. Tetapi jika keperluan tidur dipenuhi, anda akan mempunyai metabolisme yang lebih baik sepanjang hari.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|