Ini lagi satu kisah mengenai selebriti yang bengang kerana gambarnya diambil peminat tanpa kebenaran. Kalau anda masih ingat, Altimet menjadi popular kerana lagu ‘Bila Aku Kaya’ dan ‘Malaysian Boy’.
Semalam, melalui laman Instagram beliau, Altimet telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang memegang telefon bimbit di kedai makan. Dakwa Altimet, lelaki itu mengambil gambarnya yang sedang menikmati soto di Shah Alam tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu.
Tindakan Altimet itu menyebabkan dia mendapat kritikan di media sosial. Majoriti berpendapat apa yang dilakukan Altimet keterlaluan. Bagi mereka tidak perlu meminta izin untuk mengambil gambar Altimet kerana beliau seorang public figure.
Disebabkan itu, Altimet telah memadam gambar peminat tersebut memandangkan kritikan hebat yang diterima. Katanya, ia ialah atas nasihat orang penting dalam hidupnya, iaitu ibu Altimet.
Namun begitu, Amran Fans telah menyebarkan screencap komen-komen di Facebook Altimet sebelum ia dipadam.
Sehingga kini, Altimet masih menerima komen berbentuk sarkastik dari orang ramai berhubung ‘meminta izin’.
Kalau kami, jumpa artis memang buat tak tahu saja. Tak pernah pula diri ini terfikir atau teringin nak ambil gambar mereka, secara ada keizinan atau tidak mahupun wefiebersama mereka. Mereka juga manusia biasa, tiada apa-apa yang istimewa berbanding orang ramai.
Tapi nak buat macam mana. Bukan semua orang berfikir seperti kami. Jadi anda rasa macam mana?
Kredit BeautifulNara dan Amran Fans
P.S Kalau tidak dapat lihat gambar, sila pilih option web. Terima kasih.