CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2939|Reply: 17

[Tempatan] Dewan Rakyat: Isu meramas, meraba ketika pemeriksaan keselamatan di airport

[Copy link]
Post time 24-11-2015 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Isu "meramas" dan "meraba" menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang ini apabila beberapa ahli Parlimen mempersoalkan standard pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang negara ini.

Perkara itu mula dibangkitkan oleh Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang ketika itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan.

Mojigoh meminta Ab Aziz menjelaskan mengapa pemeriksaan keselamatan terhadap anggota badan penumpang sebelum menaiki pesawat dilakukan menggunakan tangan, sedangkan ia sepatutnya dilakukan menggunakan pengimbas badan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pemeriksaan keselamatan seperti itu masih dilakukan di lapangan terbang negara ini, sedangkan negara Amerika Syarikat yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di lapangan terbang juga tidak melakukan pemeriksaan sedemikian.

"Saya tidak faham, mengapa pemeriksaan dilakukan menggunakan tangan? Seolah-olah pegawai keselamatan yang membuat pemeriksaan itu mempunyai tangan ajaib yang boleh mengesan bahan letupan.

"Kita ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak setiap minggu menaiki pesawat dan maknanya setiap minggu kami semua kena raba," katanya sambil disambut gelak tawa dari ahli Parlimen yang lain.

Rungutan Mojigoh itu turut dipersetujui Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang mempersoal adakah pemeriksaan "meraba" itu boleh menjamin keselamatan.

"Ini berkaitan isu keselamatan bukan isu meraba, jadi mengapa tidak disediakan alat seperti di lapangan terbang di luar negara," katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Ab Aziz berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana setiap penumpang diperiksa oleh pegawai keselamatan dari jantina yang sama dengan penumpang terbabit.

Katanya pemeriksaan badan menggunakan tangan amat penting kerana tidak semua pengimbas badan mampu mengesan bahan letupan terutama yang diperbuat daripada seramik.

"Oleh kerana kita mengamalkan standard keselamatan yang tinggi, maka ia perlu dibuat. Bagaimanapun ia tidak dilakukan sehingga ke bahagian anggota sulit," katanya.

Beberapa ahli dewan kemudian bangkit untuk menyatakan pandangan mengenai perkara itu namun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mencelah dan berkata: "Ini kalau dibiarkan sampai malam pun tidak habis."

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) turut mencelah yang bertanyakan mengenai pemeriksaan keselamatan yang menghendaki penumpang menanggalkan tali pinggang.

"Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan," katanya.

Ab Aziz kemudian menyatakan isu pemeriksaan keselamatan itu akan dibawa untuk perhatian Malaysia Airports Holdings Bhd dan akan dilihat secara mendalam. – Bernama, 24 November, 2015.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 12:44 AM | Show all posts
"Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan," katanya.
  

Semua airport kene tanggal tali pinggang untuk scan check ... even kat malaysia pun, cuma bila di negara sendiri .. tali pinggang nie kira bonus la buat local flyers, nak tanggal boleh x nak pun xpe   

kalau x nak kena raba ... jangan pakai seluar jeans lagi2 levi's 501
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:03 AM | Show all posts
well...tak pulak masa nak boarding kena raba?? tak ada memory pulak .
hmm...interesting.

cuma masa nak masuk ke lounge boarding tu for international flight kena lakukan pemeriksaan keselamatan.

tak ada isu pun.

memana airport pun ada jantina sama. so kat mana isu ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pernah kema raba ternaik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda isu lagi penting ker nak dibincangkan ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:34 AM | Show all posts
mikasa replied at 25-11-2015 01:30 AM
Takda isu lagi penting ker nak dibincangkan ?

kalo mp bn bahlol tanya pada mp bn bahlol yg lain isu ini la yg kita dapat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 05:46 AM | Show all posts
tahap montri kito bercakap.....topik yang tak mengugat keselamatan negaro
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:29 AM | Show all posts
entah laa.....apo nak jadi.....beli je scanner cam obersea tue.....settle....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 08:44 AM | Show all posts
arwah bapak aku nak gi langkawi
masa umo 6+ dulu (x penah naik flight kan)
brp kali kena ulang alik letak jam, wallet, belt dlm bekas tu utk scan

yg tukang raba pon x agak2 jugak

ntah la susah nak ckp diorg2 nih

yg best nye pelancong bla keluar kena raba bagai
tp bla sampai (arrival)
relax jer xde scan2 body bagai
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:09 AM | Show all posts
SMALL MATTER macam ni pun nak kecoh ker.. haiyooo.. bawak la isu2 penting skit...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Puhlezzzzz la dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:18 AM | Show all posts
iols ke US ... ada je buat pemeriksaan badan  . siap buka kasut, belt, semua...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:27 AM | Show all posts
Bongok la MP ni. Sekarang kan ada threat 3d printer. So kena both manual dan machine search.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:23 AM | Show all posts
alesandra replied at 25-11-2015 01:34 AM
kalo mp bn bahlol tanya pada mp bn bahlol yg lain isu ini la yg kita dapat

Betul tu... Sedangkan byk lg isu yg lebih penting...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 10:29 AM | Show all posts
'Ustaz pun kena raba'


Kuala Lumpur: “Ustaz pun kena raba, dia tak kira rupanya,” kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau berkata demikian selepas Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) bangun semasa isu ‘meramas’ dan ‘meraba-raba’ dibangkitkan pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 peringkat Kementerian Pengangkutan oleh Timbalan Menterinya Datuk Abdul Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Perkataan ‘meraba-raba’ dibangkitkan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) sehingga menggamatkan sidang dewan dan menarik perhatian beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan dan pembangkang.

Beliau mempersoalkan prosedur pemeriksaan keselamatan membabitkan perbuatan ‘meraba-raba’ badan di lapangan terbang oleh anggota keselamatan bertugas.

Beliau turut merungut berkaitan prosedur itu kerana ia tidak berlaku di lapangan terbang lain di seluruh dunia.

“Kecuali di lapangan terbang Malaysia, setiap minggu saya ‘diraba-raba’ sekurang-kurangnya dua kali sedangkan mesin pengimbas sudah ada.

“Adakah MP (Ahli Parlimen) ini membawa bom,” katanya sambil Ahli Parlimen lain bersorak.

Tidak mahu ketinggalan dalam topik itu Khairuddin bingkas bangun mencelah dan memberitahu bahawa beliau pun turut diraba-raba.

Katanya, semua penumpang diperiksa dengan cara itu tanpa mengira latar belakang mereka.

“Ya, sama sahaja. Tiap-tiap minggu saya kena ‘raba-raba’ yang sama,” katanya lagi.

Abdul Aziz kemudian cuba menjelaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul sama sekali kerana penumpang lelaki akan diperiksa oleh anggota lelaki.

Katanya lagi, manakala penumpang wanita diperiksa oleh anggota wanita dalam kawasan tertutup.

“Pemeriksaan itu tidaklah sampai kepada alat sulit,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:32 AM | Show all posts
Isu yang dibawa mencerminkan tahap pemikiran ahli MP itu sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 11:43 AM | Show all posts


dia kena raba?
raba jantan..tua plak tuh, ingat boleh naik syok ke?



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 06:01 PM | Show all posts
Isu raba lebih penting Dari Isu gst, 1mdb, ke susahlaa rakyat.. Penat aku ngundi.. Dapat menteri bodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062804 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list