View: 5830|Reply: 19
|
Fenomena Adele dan 'Hello': 7 sebab kenapa Adele disayangi ramai
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Nama penyanyi antarabangsa, Adele, trending sejak beberapa hari lalu selepas kelahiran labum terbaharunya berjudul, 25. Album itu dilaporkan telah mencecah jualan melebihi 2.3 juta unit hanya dalam masa tiga hari berada di pasaran.
Ada yang mempersoalkan apa yang istimewa tentang penyanyi dari United Kingdom ini, apatah lagi dalam kalangan bintang-bintang yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan di Barat.
Kami senaraikan tujuh keistimewaan penyanyi kelahiran Britain itu yang menjadikannya fenomena dalam industri muzik, hari ini.
Vokal
Tiada siapa boleh menafikan kehebatan vokal Adele yang unik. Jika di era 80an dan 90an kita mengenali Whitney Houston dan Celine Dion, Adele adalah diva generasi baru.
Lagu bagi golongan rentan
Dalam mana-mana industri muzik sekalipun, lagu dengan tema 'putus cinta' adalah yang paling mudah dijual. Ia memang satu resipi biasa dan Adele nyata bijak mempergunakan situasi ini.
Lagu-lagu seperti Hello dan Someone Like You adalah lagu wajib berada di dalam playlist sesiapa sahaja yang pernah putus cinta.
Dan kini, walaupun Adele sedang melalui saat-saat bahagia bersama teman lelaki dan anaknya, lagu-lagu bertemakan kekecewaan tetap menjadi pilihannya.
Dengar sahaja lagu Hello, ia pasti membuat anda terkenangkan si dia yang pernah hadir dalam hidup anda.
BACA: Album baru Adele '25' tampil penuh emosi, peminat mula meruntun
Penampilan
Tatkala ramai selebriti memilih untuk berdiet dan mendapatkan bentuk badan yang ramping, Adele pula sebaliknya. Dia tetap yakin dengan fizikal yang dimilikinya, malah Adele pernah memberitahu dia tidak akan berubah hanya kerana orang lain tidak menyukainya.
Adele juga melawan arus apabila memilih untuk tidak tampil seksi keterlaluan. Penghibur berusia 27 tahun ini selesa dengan penampilan yang sederhana namun masih nampak classy.
Cantik
Biarpun mungkin tidak tergolong dalam kategori cantik yang konvensional, tetapi satu fakta yang diakui ramai adalah Adele punya kecantikan tersendiri. Ramai berpendapat Adele memiliki kecantikan 'vintaj'.
Menurut majalah Vogue, kecantikan Adele bersifat "membawa kita ke satu zaman lain yang hanya boleh dirasai melalui perasaan".
Ibu yang prihatin
Adele tidak berkompromi dengan hal berkaitan anaknya, Angelo. Dia menyaman (dan menang) seorang paparazi yang mengambil gambar Angelo tanpa kebenaran.
Real
![](http://img.astroawani.com/2015-10/41445768818_Adele.jpg)
Seorang yang suka berterus-terang, Adele tidak menyembunyikan hakikat dia suka makan dan tidak gemar bersenam.
"Saya seorang penyanyi, bukan trendsetter. Saya lebih rela kelihatan gemuk dan punya karier yang hebat serta dihormati, daripada kelihatan cantik tetapi hanya popular kerana kontroversi."
Way to go, girl!
Ikon generasi muda
Dalam usia 27 tahun, Adele sudah punya segala-galanya. Kerjaya yang hebat, wang, populariti, anak yang comel dan paling penting, disayangi peminat seluruh dunia.
|
|
|
|
|
|
|
|
hello, its me..... ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni gemuk...tp kadang2 nampak cun gak dpn kamera |
|
|
|
|
|
|
|
xbrape best lh lagu hello ni
tgu next single plk |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal dia dan terus minat sjak lagu rolling in a deep |
|
|
|
|
|
|
|
suka lagu hello tu...suara dia mmg vass da bomb...dia skrg nmpk kurus sket berbanding sblm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Like her voice, melody ok, but the lyrics, cam desperado lak .... |
|
|
|
|
|
|
|
When We Were Young jadi second single.. Kenapa tidak Love In The Dark? lagu ni macam kesinambungan Someone Like You.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Remedy paling aku suka dengor....
bagi aku kesinambungan Someone Like You lagu All I Ask...
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu waktu grammy 2008/2009
aku frust Duffy kalah pada Adele, for the best new artist,
x kenal sapa Adele...
Dalam 2010/2011 saja nak try dengar sapa Adele ni sedap ker cari kat youtube,
waktu tuh dia tak ngetop lagi,
sbb waktu tu Duffy flop second album,
first dengar lagu Dont You Remember,
time tu baru rasa sedapnya suara Adele nih,
terus download satu album 21,
tiba dengar kat radio lagu Adele, Rolling In The Deep,
eh popular gak rupanya minah nih...
mmg dia diminati sbb suara dia... |
|
|
|
|
|
|
|
sampai kesudah xmahu mengaku Yahudi
gampang sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dont u remember plg best utk album tu.. X mellow tp touching... Lyric dia pehh![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
When we were young tu best gak..lain2 lum dengaq..hello tu lagu dia sgt la boring duk ulang2 gitu..tp sbb sora dia ni best maka x jemu la jadi nya..
aku kenai dia semenjak chasing pavement ...terus minat..album 25 dia hampa beli ka donlod ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adele... biar la org nk kata buruk pasal ko pon...
lantak pi la sama depa...
yg penting....
aku suka lagu2 ko...
hello - vocal ko xdpt disangkal lagi...
when we were young - klasik...
lagu yg lelain xdgr lagi...
so xleh nk comment lebih2... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba dengar lagu dari album 19 - First Love, 21 - Someone Like You & 25 - Love In The Dark... Feels nak berskandal boleh sampai adakah ini pengaruh buruk donia musik????
|
|
|
|
|
|
|
|
Adele best kan. lagu Hello mmg fenomena dunia. hahahaa. Dah banyak dia pecah rekod. |
|
|
|
|
|
|
|
best album baru. tapi rolling in the deep mmg benchmark die pade aku la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|