|
Oleh Siraj Mohd Zaini
[email protected]
Shah Alam: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 14 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian membabitkan pelakon Marissa Yasmin Yaacob, 38, dan suaminya, Muhamad Muhzir Mohd Zainuddin, 49.
Hakim Syarie Mohd Hisham Zakaria membuat keputusan itu selepas notis saman kepada pelakon drama Memori Cinta Suraya itu tidak dapat diserahkan berikutan pelakon itu gagal dihubungi dan dipercayai berada di Doha, Qatar.
Muhammad Muhzir yang juga Pengurus Jualan IT di sebuah syarikat swasta hadir di mahkamah ditemani peguamnya, Jamal Mohd Lokman Sulaiman.
Sementara itu, di luar mahkamah, suaminya mendakwa Marissa tidak lagi tinggal di rumah mereka di Wangsa Baiduri, Subang Jaya sejak 12 Jun lalu.
Katanya, dia yang sudah berkahwin hampir lima tahun dengan Marissa kemudiannya memfailkan permohonan perceraian di mahkamah pada 27 November lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97354#sthash.rYLPIqk1.dpuf |
|