CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3549|Reply: 32

[Tempatan] Program khatan 
percuma peringkat negeri mulai tahun depan

[Copy link]
Post time 7-12-2015 12:58 AM | Show all posts |Read mode


KUALA TERENGGANU 6 Dis. – Kerajaan negeri bercadang melaksanakan program berkhatan beramai-ramai peringkat negeri secara percuma mulai tahun depan sebagai salah satu lagi pendekatan ke arah meningkatkan kesejahteran hidup rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, program tersebut akan lebih disasarkan kepada anak-anak daripada golo­ngan yang tidak berkemampuan agar merekatidak merasa terbeban.

“Kita sedar untuk mengkhatankan anak-anak kini memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan kerajaan akan membiayai bagi tujuan itu.

“Apabila kita buat beramai-ramai secara percuma sebegini, setidak-tidaknya ia dapat meringankan beban keluarga mereka,” katanya pada majlis berkhatan beramai-ramai bagi Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu di sini kelmarin.

Ahmad Razif berkata, langkah terbaharu itu merupakan salah pendekatan ‘touch point programme’ yang akan turut memberi manfaat secara terus kepada rakyat.

Beliau turut merujuk kepada program Program Perkahwinan Perdana Generasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan peruntukan RM2 juta dalam Bajet 2016 bagi membiayai urusan perkahwinan pertama golongan berpendapatan kecil.

“Disebabkan kerajaan negeri mempunyai peruntukan bagi program perkahwinan secara beramai-ramai bagi pasangan yang kurang berkemampuan,’ jadi program berkhatan ini juga akan dilaksanakan seperti itu,” ujarnya tanpa menyebut anggaran peruntukan.

Sehubungan itu juga katanya, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk diluluskan, dan program boleh dimulakan pada musim cuti sekolah tahun depan.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan menambah dua buah madrasah moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada tahun depan iaitu di Kuala Berang dan Jerteh bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Beliau berkata ketika ini sebuah madrasah moden diwujudkan pada tahun ini di Kampung Wakaf Tengah di Kuala Nerus dengan pengambilan pertama sebanyak 120 pelajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 08:07 AM | Show all posts
brapa kos berkhatan skrg ni?

laser ke masih konvensional?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:42 AM | Show all posts
lembu hadhori,. rakyat bestari,
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 08:46 AM | Show all posts
oh berapa kos ? i tatau pulak ada kos tinggi? my brother just went to family doctor  je?
mahal ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:10 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 7-12-2015 08:46 AM
oh berapa kos ? i tatau pulak ada kos tinggi? my brother just went to family doctor  je?
mahal ke  ...

For himself? or for his son?


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:12 AM | Show all posts
Vermicelli replied at 7-12-2015 09:10 AM
For himself? or for his son?

i dunno how much his father paid for the procedure, though.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 10:19 AM | Show all posts
Last time my brother sunat have to paid rm140... Laser...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 7-12-2015 08:07 AM
brapa kos berkhatan skrg ni?

laser ke masih konvensional?

Rm200. ..klinik shah alam...minggu lepas anak buat..teknik.clamp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni clamp akan dibuka..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:25 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 7-12-2015 10:19 AM
Last time my brother sunat have to paid rm140... Laser...

Ok tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:29 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-12-2015 10:23 AM
Rm200. ..klinik shah alam...minggu lepas anak buat..teknik.clamp

ok tq sis
so clamp RM200
laser RM140

yg normal brapa eh? iols pun xingt harga 21 tahun lepas bape
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:30 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-12-2015 10:24 AM
Hari ni clamp akan dibuka..hehe

bape hari baru leh bukak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 7-12-2015 10:30 AM
bape hari baru leh bukak?

Seminggu. ...tp harga ikut zaman kut...sebab tahun lepas noor tanya clamp rm180....tahun ni rm200
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:43 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-12-2015 10:39 AM
Seminggu. ...tp harga ikut zaman kut...sebab tahun lepas noor tanya clamp rm180....tahun ni rm200

klu dh bukak makna nyer dah ok lah tu ye?

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:52 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 7-12-2015 10:29 AM
ok tq sis
so clamp RM200
laser RM140

Yg normal tu mksdnya gunting?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 7-12-2015 10:43 AM
klu dh bukak makna nyer dah ok lah tu ye?

Ok dah...sakitnya cuma 1..2 hari ja...lepas tu x sakit dah...cuma nak.kemcing masih takut2. ...dan dah bukak ni nampak ok...katanya sakit sikit ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
qronaldo7 replied at 7-12-2015 10:29 AM
ok tq sis
so clamp RM200
laser RM140

Hat normal x tau...sbb si abang dulu guna kaedah laser. ...normal tu potong dgn pisau mcm tuk mudim buat tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 10:58 AM | Show all posts
baru buat minggu lepas, laser
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:02 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 7-12-2015 10:52 AM
Yg normal tu mksdnya gunting?

ya2. macam zaman dulu2. 90an
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 11:03 AM | Show all posts
noor2 replied at 7-12-2015 10:56 AM
Hat normal x tau...sbb si abang dulu guna kaedah laser. ...normal tu potong dgn pisau mcm tuk mudi ...

normal tu doktor jugak. pakai gunting cam iols dlu2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.328233 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list