|
Oleh : TS LOO
sumber foto : https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/
Penyanyi lagu pop dari Amerika Syarikat Lady Gaga bukan sahaja merupakan seorang penulis lagu pop yang sangat berbakat, ia juga dikenali umum sebagai seorang penghibur antarabangsa yang berpenampilan amat menonjol sehingga sering menjadi tumpuan media hiburan antarabangsa. Akan tetapi sejak menghasilkan lagu tunggal peribadi pada tahun 2013 iaitu " ARTPOP", selepas itu tiada lagi hasil karya diterbitkan.
Baru-baru ini, ketika dalam satu temubual bersama Majalah Billboard, Lady Gaga mengakui dirinya tidak terdaya menulis biarpun satu lagu dalam tempoh sepanjang 2 tahun ini sehinggakan pernah berhasrat untuk mengundurkan diri daripada industri muzik.
" Kebanyakan orang beranggapan apabila saya duduk di depan organ dan selagi saya ingin menulis sebuah lagu, saya pasti mampu menghasilkannya, tetapi selama dua tahun lalu saya rasa geram sungguh kerana langsung tidak dapat menghasilkan sebuah lagu pun."
Lady Gaga beritahu, kini dirinya berhadapan masalah ketandusan idea untuk menghasilkan lagu, dia menyifatkan kerjaya seni muziknya sama seperti keretapi, kalau saya nak ianya dihentikan, saya akan berbuat demikian, tapi saya tidak sampai hati, perasaannya seolah-olah bakal menemui ajal."
Lady Gaga menjadi terkenal semasa menghasilkan album peribadi pertama pada tahun 2008. tapi dia mengatakan, proses menjadi artis terkenal berlaku dengan pantas, membuatkan dia rasa amat tidak selamat dan tiada masa untuk berfikir secara mendalam.
Saya anggap diri saya seperti sebuah mesin yang menghasilkan populariti. " Lady Gaga berharap dapat kembali semula ke peringat awal yang berniat menghasilkan lagu, selama 2 tahun tanpa hasil karya lagu pop, dia berpeluang mengenali musik Jazz dan termasuk mengeluarkan album tersendiri.
Muzik Jazz bukan sahaja membolehkan Lady Gaga mengharungi tempoh kemerosotan pada kerjaya dirinya. malah membolehkan merangkuli anugerah terbaik album konsert gabungan pop dan tradisional.- CARI Infonet
sumber info: http://www.billboard.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba mkn koko minda |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pon dah kurang berpesyen pelik2... Dah kering idea kot
btw ai tengok lakonan Gaga dlm American Horror Story makin lama ada improvement... episod memula tu, mak oii kayu kayan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
entah napa iols tgk muka lady gaga ni biasa2 jer xder aura queen pop or diva.. itu sbb kot dipenampilan dia kena abnormal utk tarik fan... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah minat sheols ni. Lagu2 sheols pun i tak layan. Mungkin sheols patut focus berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
chaiyok Gaga |
|
|
|
|
|
|
| |
|