CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8147|Reply: 59

[Tempatan] Wanita parah, dua lagi cedera buaian gergasi tumbang

[Copy link]
Post time 7-12-2015 05:13 PM | Show all posts |Read mode
ISNIN, 7 DISEMBER 2015 @ 8:18 AM

Wanita parah, 2 lagi cedera buaian gergasi tumbang





PORT DICKSON: Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront di sini, tengah malam tadi. Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian. Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian. "Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan," katanya di sini, hari ini. Sulong berkata, semua mangsa segera dihantar ke Hospital Port Dickson, manakala punca sebenar kejadian sedang disiasat. Sementara itu, beliau berkata punca kejadian berkenaan masih dalam siasatan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2015 05:15 PM | Show all posts


Tiga orang cedera apabila buaian besar ditapak pesta ria di PD Waterfront, Port Dickson tumbang tengah malam tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 05:16 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 05:18 PM | Show all posts
Malapetaka tengah malam
Oleh Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Dua lelaki tercampak dan seorang wanita tersepit selepas buaian besar di pesta ria di PD Waterfront, di sini, tumbang 12 tengah malam tadi.



Difahamkan, mangsa wanita, Hawa Liana Kamar Bashah, 21, parah, manakala mangsa lelaki, Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17 cedera.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.06 tengah malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seorang wanita tersepit pada kerusi buaian itu, manakala dua lelaki tercampak ke bawah buaian dan anggota bomba menggunakan tangga untuk memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan kerusi buaian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dirawat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2015 05:24 PM | Show all posts
Wanita tersepit di buaian fun fair
NURUL ATIQ AHMAD BANDI
7 DISEMBER 2015


PORT DICKSON :


Seorang wanita berusia 21 tahun patah kaki kiri manakala dua lelaki berusia 35 dan 17 tahun cedera ringan apabila buaian besar yang dinaiki tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Mangsa Hawa Liana Kamar Bashah, Abd Rahman Mohamad, Nor Aminur Rashid Nor Hisham, masing-masing menaiki kerusi buaian itu secara berasingan.
Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku pada pusingan ke tiga yang sepatutnya berpusing selama dua minit.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di tapak pesta ria itu, pihaknya mendapati buaian terbabit tumbang dan seorang wanita terperangkap padanya.


“Anggota bomba memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya.








Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:26 PM | Show all posts
saman jgn tak saman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2015 05:26 PM | Show all posts


PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung lesen perniagaan pesta ria di PD Waterfront hari ini selepas tragedi buaian besar tumbang, tengah malam tadi.
Yang Dipertuanya, Datuk Ab Khalid Mat berkata, selain penggantungan tersebut, pihaknya turut meminta laporan lengkap dikemukakan oleh penganjur.
Dalam kejadian sama turut mengakibatkan dua lelaki cedera ringan.

Sementara itu, wakil operator pesta ria yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, apa yang berlaku adalah kemalangan yang sama sekali di luar jangkaan pihaknya.
Menurutnya, pesta ria berkenaan mula beroperasi sejak awal November lalu dan dijadualkan berlangsung selama dua bulan.
“Setiap hari sebelum memulakan operasi, petugas akan memeriksa semua jentera dan aset bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan selamat.
“Petang semalam petugas di sini melakukan rutin yang sama, tapi mungkin keadaan tanah yang lembap kerana hujan lebat menyebabkan struktur tanah tidak stabil,” katanya.

Alex menambah, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa agar menghentikan operasi pesta ria berkenaan dan sedia memberi sepenuh kerjasama kepada semua pihak berkuasa.

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:34 PM | Show all posts
macam mana rupa sebear buaian gergasi tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 06:08 PM | Show all posts
takut na naik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:18 PM | Show all posts
gila lah..mesti made in china punya tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je beberapa minggu lepas pergi PD, lalu kat area funfair ni. Kawan ckp mcm scary je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:24 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-12-2015 05:34 PM
macam mana rupa sebear buaian gergasi tu??

yang ni rasanya.. aku memang tak kuasa nak naik..
naik ferris wheel je.. tu pon gayat


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ak mmg x naik la bends ni... Sllu terbayang klu jatuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnh naik dulu skali....
Lepas turun terus sujud syukur....

Alhamdulillah xde per2..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:35 PM | Show all posts
Nampak pun scary belum lagi naik. Tapi maseh ramai  yg minat nak naik
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tanah longgar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 06:40 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 7-12-2015 06:24 PM
yang ni rasanya.. aku memang tak kuasa nak naik..
naik ferris wheel je.. tu pon gayat

...

ooo.. ini yang kerusi agak boleh terbang-terbang tu kan..
menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:40 PM | Show all posts
funfair penuh game judi cuba nasib ni...













Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ade lgik funfair? x leh lawan 90 an punya. tmbh klo ade artis dangdut,penuh fun fair tu.. pas tu ade game besar gedabak tu. tikam2 dpt bear.. ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 06:45 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 7-12-2015 06:43 PM
ade lgik funfair?  x leh lawan 90 an punya. tmbh klo ade artis dangdut,penuh fun fair tu.. ...

selagi ada fan cam lu...selagi tu la ada funfair cam ni..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.409854 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list