|
|
Oleh Izzah Abbasy
Jika kita lihat fenomena warna yang sering dipakai dan digayakan gadis remaja kini adalah warna pastel. Warna pasteladalah warna yang sangat lembut, warna-warna pucat, agak pudar dan kusam. Rona warna ini dicairkan sehingga identiti warna asal hilang.
Trend tema majlis perkahwinan kini rata-rata ramai gemar menjadikan warna pastel sebagai warna tema majlis. Daripada baju pengantin, baju dayang-dayang, baju ahli keluarga dan juga khemah. Semuanya digunakan warna pastel.
Bukan itu sahaja, majlis akikah juga telah menjadi pilihan si mama untuk mengenakan warna pastel sebagai tema majlis tersebut.
Warna pastel ini dihasilkan daripada pelbagai rona warna seperti biru, merah, hijau, ungu, kuning, coklat dan hitam. Kemudian, dijadikan dalam versi warna yang lembut. - CARI Infonet
Kenapa agaknya ramai gadis menjadikan warna pastel ini sebagai warna kegemaran mereka?
1) Trend terkini
2) Boleh dipadankan dengan pelbagai motif seperti bunga, kotak dan garis
3) Beri kesegaran kepada si pemakai
4) Melambangkan kelembutan hati
5) Menambahkan keayuan si gadis
6) Mudah didekati
7) Lebih feminim
8) Lebih cantik dan berkeyakinan tinggi

CARI Infonet
|
|