Oleh Izzah Abbasy
Daripada memilih susu formula sehingga ingin menyusukan bayi atau si anak, perlu ada teknik yang betul. Bukan boleh suap begitu sahaja.
Ramai yang tidak ambil pusing hal ini sedangkan ia sangat penting sebagai langkah kesihatan dan khasiat kepada si manja.
Salah membancuh susu formula boleh menyebabkan zat atau nutrisi dalam susu hilang.
Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam.
Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz
3) Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol dengan kemas serta penutup botol sekali. Goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
Boleh ikuti langkah seperti berikut ;
Jangan sesekali membancuh dengan menuang susu dahulu kemudian air panas, jika cara itu dilakukan, air panas yang dicampur dengan susu formula tersebut akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu. - CARI Infonet
|