View: 3153|Reply: 10
|
Inilah 11 Sebab Kenapa Pasangan Yang Suka Pergi Travel Punya Hubungan Lebih Erat
[Copy link]
|
|
Pernah tak tengok pasangan yang suka pergi travel? Tentu kadang-kadang rasa 'jeles' kan. Yelah ke sana ke sini, bersama orang yang tersayang pula tu. Kali ini, remaja beri 11 lagi sebab kenapa kamu harus cemburu kepada sweet couple yang suka pergi travel.
Kenapa?
Tahukah kamu, pasangan yang suka pergi travel ni mempunyai hubungan yang lebih erat berbanding pasangan yang lain? Jawapannya di sini.
1. Trust
Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali 'diri mereka' yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.
2. Hormat Kelemahan Dan Kekuatan Masing-Masing
Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin memcuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.
3. Romantik
Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan masing-masing.
4. Keluar Dari 'Comfort Zone'
Setiap perjalanan menjanjikan pengalaman baru. Kamu keluar dari melakukan sesuatu yang rutin dari kehidupan kamu berdua dan meneroka tempat-tempat baru bersama-sama dengan selesa, kerana dia ada di sisi kamu.
5. Nafas Baharu Dalam Perhubungan
Ini adalah peluang kepada kamu untuk memulihkan semula hubungan yang dingin atau menguatkan lagi rasa sayang antara satu sama lain. Travel memberi peluang kepada kamu untuk meluangkan masa berdua tanpa gangguan sesiapa.
6. Belajar Berkongsi Tanggungjawab
Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masing-masing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.
7. Rasa Selesa Antara Satu Sama Lain
Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri 'sebenar' pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat 'muka busuk' waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa.
8. Berkongsi Minat Yang Sama
Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.
9. Ada Untuk Satu Sama Lain
Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?
10. Bukan Sekadar Pasangan, Tapi Kawan Baik!
Berkongsi pendapat, ketawa, bercakap, dan bersenang-senang dengannya atau mungkin bergaduh, kamu bagaikan kawan karib yang tak boleh berpisah. Di sinilah kamu akan mendapati bahawa hubungan itu bukanlah sekadar tanggungjawab, bahkan dia adalah segala-galanya buat kamu.
11. Menghargai Masa Bersama
Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia.
remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya pompuan yang biasa ajak travel.. mcm comel, comel yg ajak bf comel... travel dalam hati... hiks |
|
|
|
|
|
|
|
yeay..next month, january ni nak p phuket.. yeayyy cik bb mmg kaki travel |
|
|
|
|
|
|
|
Yeayh. I love the idea... No 2. Exactly. Tukang ingatkan bila lupa... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nk ada suami kaki travel iols pon suka jalan2.. Tp bujang2 ni x best kawan2 sume bz bila ajak travel |
|
|
|
|
|
|
|
I've experienced this before, tp break up jgk akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 6-3-2016 08:18 AM
tak jeles lah.
tapi seriously tak cemburu, my sis and hubby dia travel serata rata cuma i tak ada masa je.
need to find time travel dengan abah dan mak dan sister.
seronok.
|
|
|
|
|
|
|
|
untungnya leh travel2...
kita ni kena pikiaq bajet kalu nak travel bagai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|