View: 4509|Reply: 23
|
[Dunia]
Doktor beragama Islam selamatkan askar Britain
[Copy link]
|
|
Doktor beragama Islam selamatkan askar Britain
11 Disember 2015
Salinan paparan perkongsian Chris Herbert
SEORANG askar Britain yang bertugas di Iraq dan kehilangan sebelah kakinya memberikan 'nasihat keras' kepada warga netizen dan dunia yang takut kepada agama Islam.
Chris Herbert yang berumur 19 tahun ketika kehilangan kaki kanan selepas dibom pengganas Taliban di Basra memberitahu kejadian tersebut tidak menjadikannya takut kepada Islam.
"Ya, pengganas beragama Islam bom saya, saya hilang kaki kanan. (Selepas itu) seorang askar Britain yang beragama Islam juga kehilangan tangannya," kata Chris di Facebook kelmarin.
Dalam kejadian tersebut, rakannya yang juga seorang askar, Luke Simpson maut dan mencederakan dua yang lain.
"Seorang Muslim berada dalam helikopter yang mengangkut saya dari medan perang (selepas kejadian). Seorang doktor bedah Muslim bedah saya untuk menyelamatkan nyawa saya.
"Seorang jururawat Muslim yang menjaga dan membantu saya balik ke Britain. Seorang petugas kebajikan kesihatan Muslim yang menguruskan ubat-ubatan saya.
"Seorang pemandu teksi Muslim yang memberikan saya perjalanan percuma kepada saya dan ayah saya. Seorang doktor Muslim yang menenangkan ayah saya kerana sedih dengan keadaan saya," jelas Chris panjang lebar.
Difahamkan, Chris membuat perkongsian tersebut kerana terdapat sesetengah pihak kecewa kerana 'Chris tidak membenci Islam' walaupun selepas diserang pengganas.
"Seorang rakyat Britain yang menolak kerusi roda saya dari lif kerana dia mahu menggunakannya dahulu. Seorang warga Britain menjerit kepada ayah saya kerana menggunakan parkir OKU (untuk dirinya).
"Apa yang saya mahu cakap adalah, berambus. Saya tahu siapa patut saya benci dan siapa saya tidak patut benci. Saya tahu siapa yang saya patut hargai dan siapa saya tidak pedulikan.
"Kalau anda mahu bencikan penganut sebuah agama kerana perbuatan segelintir individu, suka hatilah, tapi angan paksa saya untuk membenci mereka juga.
"Menyalahkan seluruh orang Islam kerana perbuatan Taliban seperti menyalahkan agama Kristian kerana perbuatan Klu Klux Klan atau KKK(KKK merupakan sebuah golongan pelampau kulit putih)," jelas Chris lagi.
Perkongsian oleh Chris disambut gembira oleh beratus ribu pelayar bukan Islam di Facebook.
"Kejadian lebih kurang sama berlaku kepada saya selepas saya kembali ke Britain (dari operasi tentera). Seorang Muslim belanja saya air kopi dan mengucapkan terima kasih kepada saya!" kata Karl.
"Kalau anda tidak mencarut dalam perkongsian ini, saya sudah cetak ayat anda menjadi sebuah poster," kata Tim.
"Perkongsian anda adalah benda paling bagus yang saya baca di Facebook hari ini," kata Calum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah...islam itu sungguh indah....beruntung dan bertuah kita dilahir as islam...syukur sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
So adakah beliau nak peluk islam lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian berlaku kat Iraq...besar kemungkinan Dr. Syiah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hzln at 12-12-2015 02:15 PM
the main point, dia meroyan sbb ada puak2 anti-islam cuba provok dia utk benci islam sbb org islam yg pi bom sampai kaki dia putusdia cukup benci dgn set2 yg suka impose depa punya view kat org lain, utk org lain turut membenci...tu yg dia membebel panjang lebar tu, sbb tindakan haramjadah segelintir takkan mampu buat dia benci keseluruhan kaum, sbb masih ramai yg baik2
tapi spt biasa, ada lah yg feeling2 syok sendiri, inilah keindahe isle, bangga jadi umat isle sbb kita ummah paling baik, kapir ini sudah tertarik dgn isele dan yg sewaktu dengannya
yg paling lucu sudah pastilah puak yg syok sendiri itu juga lah yg saban hari duk membakar api utk kita benci sesatu kaum itu di negara ini, sbb sikap segelintir yg sangat natamhanjing sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Lobai2 bodoh telahpon menunjukkan kebodohan mereka.
Mat saleh tu hanya tunjukkan sikap adil. He got his point right.
Tapi lobai2 bodoh ci dh cair dah konon2 mamat brit ni dah i lap u dgn islam |
|
|
|
|
|
|
|
Agama tak salah pun cuma setan yg gunakan agama sebagai alasan utk buat keganasan sukar nak diterima.. |
|
|
|
|
|
|
|
abangbikerz replied at 12-12-2015 02:21 PM
Lobai2 bodoh telahpon menunjukkan kebodohan mereka.
Mat saleh tu hanya tunjukkan sikap adil. He g ...
Kau lah lobai tersebut. takde org pun yg kata mamat saleh ni lap sama islam. |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 12-12-2015 02:12 PM
the main point, dia meroyan sbb ada puak2 anti-islam cuba provok dia utk benci islam sbb org islam y ...
Perenggan ke2 mek tu biasa dibuat oleh taraf lobai lobainita ja...hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 12-12-2015 02:12 PM
the main point, dia meroyan sbb ada puak2 anti-islam cuba provok dia utk benci islam sbb org islam y ...
Baru baca perenggan ke3...hehe mmg betulla tu... |
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 12-12-2015 04:36 PM
Kau lah lobai tersebut. takde org pun yg kata mamat saleh ni lap sama islam.
Ko reply sebab ko terasa kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Nop.... Aku reply kau sebab aku nak betulkan tanggapan kau yg serong. Dan supaya orang lain tidak terpengaruh dgn dakyah dan fitnah yang kau bawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat fb mesti penuh dgn komen2 subhanallah alhamdulillah inilah keindaham islam, semuga omputeh ini terbuka hati memeluk islam setelah melihat cahaya keindahan islam yg turang bundurang ini kannn?
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 12-12-2015 07:24 PM
Nop.... Aku reply kau sebab aku nak betulkan tanggapan kau yg serong. Dan supaya orang lain tida ...
Dalam thread ini apa fahaman serong yg aku dah bawak? Care to explain? |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah...nasib baik kita agama islam...kalu agama lain fida pun x taulah apa nk jadim..mybe tgh makan makanan kotor cam babi |
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak heret aku suroh explain. Pigi dah. Rujuk.post kau #6
Bukan sekali ni kau putar belit. Dulu aku selalu sangka kau ikhlas nak cari kebenaran. Tapi sejak akhir ni makin nampak tabiat sesat dan menyesatkan kau. Dan aku hampir dapat pastikan mm kau yang lain. .. tungguuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 13-12-2015 12:09 AM
Kau nak heret aku suroh explain. Pigi dah. Rujuk.post kau #6
Bukan sekali ni kau putar belit. ...
Nyatalah ko ni mmg lobai bodoh ci. Mmg aku awal2 mintak ko explain posting aku dlm thread ni yg mana bawak kesesatan ko cakap tu.
Oklah so posting aku tu care to explain dimana kesesatannya?
Anyway ada multinick ke aku kat cni. Ko nk kate aku ni maideen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la askar ni..dia x bodoh..dia guna akal yg Tuhan bagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau yg busuk hati dan berniat jahat dalam forum. ada hati nak bodoh kan orang.. mamp nanti kau tahu lah busuk hati sgt lempar batu merata2.....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|