CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 6545|Reply: 49

[Tempatan] [Kecik2 Tanak Mampos Dah Besar Baling Batu] Dua Ekor Makhluk Ditangkap

[Copy link]
Post time 12-12-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Padah baling polis 'kaki pancing'

Kangar: Tindakan empat remaja lelaki membaling batu ke arah sekumpulan anggota polis yang menyamar kaki pancing mengundang padah apabila mereka diberkas di jejambat Lebuh raya Kuala Perlis-Changlun di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, suspek berusia 15 hingga 19 tahun itu bertindak membaling batu ke arah anggota polis Cawangan Trafik Kangar yang menyamar sebagai kaki pancing selepas menerima aduan orang ramai berhubung kegiatan itu.

Malah, dua remaja terbabit berusia 15 dan 17 tahun yang ditahan juga amat dikehendaki polis membabitkan kejadian pecah cermin kereta di Long Boh, Kangar dan Arau pada Jun lalu.

Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung kejadian itu sehingga menjadi viral di media sosial menyebabkan pengguna lebuh raya bimbang dengan keselamatan diri ketika melalui kawasan terbabit.

Menurutnya, selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, beliau mengarahkan seorang pegawai dan sembilan anggota dari Cawangan Trafik Kangar untuk membuat risikan di kawasan itu.

“Mereka menyamar sebagai pemancing ikan dan berada di sekitar jejambat di lebuh raya terbabit.

“Dalam kejadian jam 5 petang semalam (kelmarin) suspek dilihat berkeliaran sebelum cuba membaling batu ke arah kenderaan yang melalui lebuh raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka melontar batu ke arah pemancing ikan menyebabkan polis yang menyamar menahan suspek.

“Siasatan kami mendapati dua suspek terbabit enam kes pecah cermin kereta membabitkan lima kereta dan sebuah bas.

“Kereta yang terbabit dalam kejadian ini adalah tiga kereta jenis Proton iaitu Saga, Exora, Satria, sebuah Perodua Myvi dan Honda Elysion serta sebuah bas milik universiti awam di Perlis membabitkan kerugian RM15,000,” katanya.

Shafie berkata, kumpulan aktif sejak Jun lalu dan kes terbaru 1 Disember lalu membabitkan kontraktor berusia 37 tahun yang memandu kereta Honda Elysion.

“Mereka melakukannya bergilir-gilir dan dilakukan pada hari tertentu sekitar waktu petang antara jam 5 petang hingga 9 malam.

“Malah, motif suspek untuk tujuan keseronokan dan mereka menjadikan aktiviti itu seperti pertandingan bagi mengukur kemampuan balingan tepat ke arah kenderaan yang melalui lebuh raya itu,” katanya.

Katanya, dua suspek berusia 15 dan 17 tahun juga positif syabu dan semua mereka direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 kerana melakukan perbuatan khianat.

“Kami sedang memburu saki baki kumpulan itu yang disyaki terbabit dalam aktiviti berkenaan,” katanya.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Disember 2015 @ 8:22 AM

sumber: metroseks
fdhrtfjh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat. Haramjadah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:53 AM | Show all posts
Mungkin inilah yang dikatakan kecil kecil tak nak mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah abg polis.. ntah apalah yg salit hati kt org..mmg ada budak2 gini...

Ada dulu kawan citer masa dia sewa kt 1 apt ni dia pelik tayar pancit n ada yg mcm kena toreh..yg kena skru ...kereta calar2..last2 dpt tangkp budak2 situ yg buat...bila tanya sj main2 jer katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 10:56 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-12-2015 10:55 AM
Tahniah abg polis.. ntah apalah yg salit hati kt org..mmg ada budak2 gini...

Ada dulu kawan citer ...

apartmen kat mana tu sis?

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
elok masuk je sukan lontar peluru...suka sgt kan nk baling2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2015 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 12-12-2015 10:56 AM
apartmen kat mana tu sis?

Area kepong u katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 10:58 AM | Show all posts
entah2 cermin keta aku retak tetiba sebab kena baling batu kot...pasal tetiba je batu tah dari mana dtg hentam cermin keta...nak kata lori terjatuh batu x de lak lori or kereta lain lalu masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2015 11:00 AM | Show all posts
idadzira replied at 12-12-2015 10:58 AM
entah2 cermin keta aku retak tetiba sebab kena baling batu kot...pasal tetiba je batu tah dari mana  ...

mohon chuols menyamar jadi pemancing juga. siasat jangan tak siasat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
potong tgan terus.:
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:06 AM | Show all posts
anak sapa la ni...perangai serupa beruk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat punya perangai budak melayu Sunni wal jamaah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:12 AM | Show all posts
si polis tu undercover apa kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:21 AM | Show all posts
jahatnya lahai.. dah besar ade potensi nak merompak membunuh ni. takde belas kasihan. psychotic ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:22 AM | Show all posts
Bangsa apa ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 12-12-2015 11:34 AM

Budak terbiar....

Mak pak tau beranak je....ank besar sikit di biar merata.. .tak kisah balik rumah ke tak...

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde adab btul. Msg2 nk tnjuk pailang:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2015 11:38 AM | Show all posts

akak syak bangsa nan syumul tu sis. tapi entahlah khennn.....

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat giler. Patut campak je diorg ke lombong.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Semakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-guru di SJKC berdepan dilema  antara mengekalkan penggunaan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
YgBenarSemakin Ramai Murid Melayu Daftar: Guru-
Views : 557 Replies : 21
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2754 Replies : 1566
Seorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, akhirnya buat laporan polis lepas muka dia tiba-tiba viral dalam live seorang pempengaruh lelaki Kelantan di restoran.
YgBenarSeorang wanita Rusia, Alisa Kasimova, ak
Views : 1687 Replies : 69
[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee Jun Ho, Kim Min Ha ~ 11 October 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] TYPHOON FAMILY - Lee
Views : 2272 Replies : 135
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 318321 Replies : 3223
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23336 Replies : 1218
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 259 Replies : 173
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 36675 Replies : 600
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2475 Replies : 1028
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan 2 Oktober
irveneRaja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bak
Views : 23619 Replies : 432

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.070294 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list