CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5329|Reply: 49

[Tempatan] Hanya 38 peratus rakyat mempunyai simpanan wang di bank

[Copy link]
Post time 16-12-2015 09:04 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Tabiat menabung rakyat di negara ini masih di tahap rendah dan tidak mencerminkan kesedaran pengurusan kewangan untuk sebuah negara maju yang mana Malaysia bakal mencapainya dalam tempoh berbaki kurang lima tahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi sesebuah negara yang maju, kadar peratusan menabung dalam kalangan rakyatnya adalah sekitar 38 peratus tetapi jumlah itu masih terlalu jauh untuk Malaysia.

Menurutnya, disebabkan keadaan berkenaan, kapasiti pelaburan oleh institusi perbankan tempatan juga terhad menyebabkan kerajaan masih perlu bergantung kepada pinjaman luar untuk membiayai kos pembangunan dan pembinaan infrastruktur.

Sehubungan itu, beliau menggesa institusi perbankan memainkan peranan lebih agresif mempertingkatkan kesedaran rakyat supaya menabung dan bukan hanya bergantung kepada skim caruman wajib seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata.

“Institusi perbankan mesti ada kaedah selari agar jumlah simpanan rakyat Malaysia bukan sahaja ditambah tetapi berada pada peratusan tinggi, kerana jika itu dapat dilakukan, kadar pinjaman asing dapat dikurangkan dan kita guna kaedah dalaman.

“Orang mungkin bertanya bagaimana nak menyimpan kerana kos sara hidup sekarang tinggi, tetapi pada saya jika amalan itu terdidik sejak awal, kita mampu melakukannya,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Mesin Juruwang Maya (VTM) BSN, iaitu perkhidmatan perbankan melalui sidang video pertama di Malaysia dan dianggap revolusi baharu sistem perbankan tempatan.

Yang turut hadir, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid mahu BSN mencari penyelesaian segera bagi mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) bank tersebut.

Katanya, beliau menyedari BSN berdepan cabaran yang besar untuk mengurangkan kadar NPL memandangkan status bank tersebut sebagai perbankan runcit, tidak seperti institusi perbankan tempatan lain yang bersifat sebagai perbankan korporat.

“Masalah yang membawa kepada NPL ini sebenarnya adalah sikap peminjam itu sendiri yang liat membayar kerana mereka beranggapan BSN ini milik kerajaan, sebab itu BSN perlu mendidik peminjam dengan tindakan yang lebih tegas,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 09:08 AM | Show all posts
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut munchy tau...
ada ladang sawah 4 ekar tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan selama ni org simpan duit bawah bantal. Yg simpan duit bawah bantal tu pergi lahlah simpan duit dalam bank.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:24 AM | Show all posts
nk nyimpan celah juboh nya....smua bnda naik...hihihi...smua sbb tuan ko la naikkan smua..anjin cm ko nyalak je nk dpt tulang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:31 AM | Show all posts
setau aku org malaysia lah yg paling suka uplod gambar duit berkepuk dlm wallet la...duit tersusun ala2 kipas tangan la..

takkan duit tu dijolikan 100%?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:33 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 15-12-2015 05:08 PM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut  ...

Often when a spender is married to a saver. Saver tu selalunya acik acik yg punyai gelang emas almost ke siku.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 16-12-2015 09:24 AM
nk nyimpan celah juboh nya....smua bnda naik...hihihi...smua sbb tuan ko la naikkan smua..anjin cm k ...

kan..bodo menteri mesia ni..kuar statement main hembus je
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:37 AM | Show all posts
zaman skrg kena kuat semangat la nk saving. bkn setakat keluarga sendiri nk kena sara..ramai org susah skrg nk kena tolong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 09:39 AM | Show all posts
MeghanK replied at 16-12-2015 09:35 AM
kan..bodo menteri mesia ni..kuar statement main hembus je

huhuhu..menteri malaysia..kalau x bodo x de la dilantik munturik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:40 AM | Show all posts
apa tujuan dorg kuarkan statistik2 pasal savings and spending skarang2 nie?? nak justify pasal kenaikan tol & tambang & barang2 lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 16-12-2015 09:39 AM
huhuhu..menteri malaysia..kalau x bodo x de la dilantik munturik

yelah, takkan bangjib nak lantik menteri pandai pulak kan..kena pijak kepala pulak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:46 AM | Show all posts
MeghanK replied at 16-12-2015 09:41 AM
yelah, takkan bangjib nak lantik menteri pandai pulak kan..kena pijak kepala pulak nanti

yang baru bangkit dari tido lena smua kena tendang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 16-12-2015 09:46 AM
yang baru bangkit dari tido lena smua kena tendang

lepas kena tendang baru nak bangkit dari lena..tak berguna dah pon
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:54 AM | Show all posts
siapa cakap rakyat malaysia tak kaya..tu ada sorang tu...2.6b lai lam akaun....hihkhihkhihkhkhkhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 09:54 AM | Show all posts
kalau tak ada simpanan, nanti tua macammana

jangan harap orang bagi duit pada kita

sudah tua lagi mahu kerja teruk teruk ka
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 16-12-2015 09:08 AM
jgn ko ingat org mesia ni miskin tau...
tiada wang dlm bank
tp ada emas 1.7689kg dlm kotak biskut  ...

Tu la pasal,  ada yg main emas,  ada yg kumpul tanah...

Ntw nape aku baca artikel tu ckp lain.... figure 38% tu di negara maju bukan Msia.... msia katanya x sampai 38% yg menabung.... ke aku salah faham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2015 10:01 AM | Show all posts
Edited by obelisk at 16-12-2015 10:09 AM

simpan duit dalam asb, dalam 10k disimpan, dividen tahunan yang akan diperolehi dalam 800.. kalau simpanan dah 50k, dividen yang dpt dalam 4000... 4000/12 bulan = rm333... boleh la jadi tambahan untuk belanja bulanan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:08 AM | Show all posts
ninjago replied at 16-12-2015 09:40 AM
apa tujuan dorg kuarkan statistik2 pasal savings and spending skarang2 nie?? nak justify pasal kenai ...

utk bagi pemimpin tgo...tgo berapa lagi yg boleh dikebas dari rakyat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:09 AM | Show all posts
Hendak seribu daya kann
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:17 AM | Show all posts
simpan singgit sehari dalam tabung..
tu kira tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.070215 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list