CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 3

KOLEKSI MELISSA CARIOCA MUSIM BUNGA/PANAS ’16 SISIP KEINDAHAN RIO DE JANIERO

[Copy link]
Post time 16-12-2015 06:46 PM | Show all posts |Read mode

Dah sedia nak jadi sebahagian penduduk setempat Rio de Janiero? Brazil amat terkenal dengan pantainya yang indah. Suasana bandar lama yang dihiasi latar gunung-ganang menghijau, alam semula jadi yang tidak lapuk dek zaman serta dipenuhi dengan ciri klasik dan minimalis itu menjadi ilham buat koleksi Melissa untuk musim Panas 2016.
Koleksi Wanna Be Carioca menggabungkan ciri pepasir ilham pantai lautan yang terbentang disekeliling Rio de Janiero, menggambarkan bibit-bibit nostalgik yang manis.
Foto -Arkib Wanista
Aranha adalah kasut terkemuka daripada jenama Melissa sendiri iaitu, telah diadaptasi daripada sejenis labah-labah. Kebanyakan gadis Rio akan mengayakan sandal jenis Aranha bersama sarung kaki pada era 70-an tatkala menghadiri parti di kelab-kelab malam, selari dengan kewujudan Melissa yang ditubuhkan pada tahun 1979.

Melissa Aranha. Foto -Arkib Wanista
Kini Melissa menyambut tahun ke-35 keberadaannya di Rio dengan menghasilkan rekaan yang sebati dengan rentetan gaya kasut dan sandal kegemaran gadis-gadis Carioca. Untuk itu juga, Melissa akan mengadakan peragaan besar-besaran untuk dipersembahkan kepada hampir 800 penduduk tempatan di tengah-tengah bandar Rio berlatarkan tempat tumpuan ikonik yang digelar Baia de Guanabara.
Pemandangan Baia de Guanabara dari atas. Foto -wikipedia
Palet warna yang pelbagai bakal menyerikan gaya si pemakai, boleh dipadankan dengan bermacam gaya untuk bermacam majlis. Antara yang menarik adalah warna terang seperti merah jambu neon, kuning, biru, hijau dan merah, sehinggalah ke rona monokrom klasik seperti hitam dan putih.
Foto -Arkib Wanistawanista

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 01:09 PM | Show all posts
cantik kasutner... brape la harganyer ye...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:55 PM | Show all posts
harga kasut brand Melissa ni antara range RM350~RM450 untuk collection biasa..yang kasut merah dan pink ada Swarovski tu collaboration with British designer..harga dia RM1500 sepasang tapi sekarang ada discount 20% so jadi RM 1200.. jimat RM300..hehe..

the red colour bling-bling one damn cun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 05:58 PM | Show all posts
sekarang musim hujan sesuai pakai jelly shoes ni... hari tu I pakai leather shoes masa hujan lebat, basah lencun..rosak kasut..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042754 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list